PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Monday, February 13, 2012

♥ CINTA ♥

Apabila timbulnya masalah dalam sesuatu perhubungan, pastinya masing-masing cuba untuk mengatasinya. Ketika itulah pelbagai cara yang difikirkan. nak merayu, takut tak dilayan. nak minta maaf, takut tak dimaafkan. nak mengharapkan sesuatu, takut harapan tu akan berkecai. susah rupanya bila bercinta. lagi susah apabila orang yang dicintai itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. dan bertambah susah lagi apabila orang yang bermakna itu bakal meninggalkan kita keseorangan. hidup dah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya. manusia yang hilang arah tujunya. insan yang hilang tempat untuk berpaut. ibarat pohon yang tiada sokongan. layu lalu terus mati tanpa rasa belas kasihan.

apabila menyintai seseorang, perkara pertama yang paling diharapkan adalah kasih sayang daripada insan yang dicintai. selain itu, sokongan dan keprihatinan yang diperlukan dalam apa jua keadaan sekalipun terutama sekali ketika berada di saat-saat genting. pada saat kita memerlukan seseorang yang boleh berada di samping kita di kala suka mahupun duka. insan yang kita boleh harapkan. insan yang akan menyayangi kita lebih daripada kasih sayang yang pernah kita perolehi selama ini. kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. dengan kasih sayang itulah, kita mampu berdiri teguh. dengan kasih sayang itu jugalah, kita mampu melawan segala dugaan, rintangan dan ujian yang bakal kita tempuhi.

kasih sayang itulah yang menjadi penawar dalam hidup kita. biar racun sekalipun yang kita telan, segalanya dapat diatasi dengan kasih sayang tersebut. begitu bermakna sekali kasih sayang itu dalam hidup kita. sekali kita mengecapinya, jangan cuba untuk melepaskannya. kerana sekali kita melepaskan kasih sayang itu, tidak mungkin kita akan perolehi kasih sayang yang sama daripada insan lain biarpun insan itu jauh lebih sempurna daripada yang sebelumnya. sekali insan yang hadir dalam hidup kita adalah insan yang paling kita perlukan, jangan sekali-kali melepaskannya kerana tidak mungkin
kita akan berjumpa dengan insan yang sama biarpun insan yang selepasnya dapat memberikan kita kasih sayang yang tidak terhingga. ibarat pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. yang tumbuh takkan sama dengan yang patah. begitu jugalah dengan yang menggantikannya. takkan sama dengan yang hilang.

hidup di alam percintaan memerlukan pengorbanan yang besar. percintaan yang ikhlas kerana Allah S.W.T adalah percintaan yang diredhai dan diberkati, insya-Allah. namun, bukanlah bila bercinta kita sanggup mengorbankan segala-galanya. cinta sejati memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. bukan dengan mengorbankan diri kerana insan yang dicintai, tetapi dengan mengorbankan hati dan perasaan kita hanya kepada insan yang kita cintai. ketika itulah, kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa cinta itu sendiri. lebih-lebih lagi apabila percintaan itu berlandaskan syariat dan batasan-batasan dalam Islam. percintaan yang hanya berlandaskan nafsu dan maksiat adalah percintaan yang sia-sia. bukan setakat hilangnya maruah diri, namun hidup kita tidak dirahmati oleh Allah S.W.T (nauzubillahi minzalik). bila bercinta, pastinya hidup ini begitu indah. dalam keindahan itulah, pelbagai ujian yang datang. jika kita bercinta kerana Allah, pastinya kita sedar apa yang kita lakukan. jika kita bercinta kerana nafsu, pastinya syaitan datang mengganggu. kerana itulah, dalam tak sedar kita melakukan
maksiat sekalipun hanya berpegangan tangan. mungkin bagi sesetengah manusia, itu adalah perkara biasa. namun, dalam Islam hukumnya tetap haram dan berdosa. kita bukan sahaja dilarang daripada melakukan maksiat, tetapi kita juga dilarang daripada menghampiri maksiat. seperti dalam hadith, "La taqrabuzzina" yang bermaksud 'Jangan menghampiri zina'. sedarlah wahai insan. hidup ini tidak melarang untuk kita berkasih sayang, namun biarlah ada batasannya.

jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T. insya-Allah perhubungan kita akan diredhai dan diberkati seterusnya berkekalan hingga ke akhirnya. 'Bercinta dengan bunga, bunga akan jadi layu. Bercinta dengan dunia, dunia akan rosak binasa.

Bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Bercinta dengan Allah, itulah yang kekal abadi'. semoga Allah merahmati segala perhubungan kita.

Amin...

Cinta Abadi

Cinta yg hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yg murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan kepribadian yg baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yg indah, namun body languange sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu  keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi diakhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Alah. sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan
minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah.

Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tidak ada usaha yg luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yg bersabar.

Dipetik daripada Cerpen Pertemuan bukan milik kita (Majalah Akhawat)

Bila Anak Rosak Akhlaknya

Di dada akhbar-akhbar dan majalah-majalah hari ini banyak memaparkan kisah-kisah masyarakat. Ramai ibu bapa mengadu tentang sikap degil dan keras kepala anak-anak mereka. Hati-hati mereka terguris melihat akhlak buruk anak-anak mereka yang tidak lagi menurut cakap , tidak taat, tidak bertimbangrasa dan tidakmenghormati ibubapa. Perkembangan tersebut menimbulkan perasaan ibubapa menjadi risau apabila anak-anak mereka semakin meningkat usia remaja kerana anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan alam sekeliling yang kucar kacir, kawan-kawan yang rosak akhlak daripada mendengar nasihat dan mematuhi akan kedua ibu bapa. Pertanyaan ibubapa yang lemah lembut dijawab dengan kasar oleh anak-anak.

Keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi walaupun berbagai saranan dan seminar diadakan untuk mengatasi masalah ini. Siapakah yang bersalah, adakah anak itu sendiri, ibu bapanya, pengaruh alam sekitar, kawan-kawan yang rosak akhlaknya ataupun guru-guru di sekolah yang tidak memberikan tunjuk ajar yang sempurna.

Di zaman moden ini, manusia semakin ghairah mengejar kemewahan dan kemajuan. Lelaki dan wanita bersama-sama berganding bahu memajukan perusahaan samda disektor swasta mahupun kerajaan. Wujudlah dalam satu keluarga, suami bekerja dan isteri keluar bekerja. Anak-anak pula diserahkan kepada jiran sebelah, nurseri ataupun orang gaji untuk mengasuh, memelihara anak dan mendidik mereka. Pendidikan anak-anak pula, diharapkan kepada guru-guru di sekolah. Beginilah perilaku dan corak hidup kebanyakan anak-anak kita, yang kita harapkan akan menjadi orang yang berguna. Sudahlah kasih sayang dari ibu bapa tidak dirasai sepenuhnya, bila ibu bapa pulang daripara kerja dengan keletihan, anak-anak dimarahi. Maklumlah penat dengan kerja-kerja di pejabat, bila anak mahu bermanja-manja dan mengadu masalah, sudah tidak terlayan lagi. Anak-anak bukan lagi dianggap sebagai cahaya mata atau penyejuk hati, malah memelihara mereka dirasa seperti memikul beban yang berat.

Nyatalah hilang fitrah murni ibubapa untuk mendidik dan mengasihi anak-anak itu kerana mereka telah lama terdedah dengan kepentingan diri dan kesenangan dunia mengatasi kepentingan mendidik anak dengan penuh tanggungjawab. Bukan sedikit ibubapa yang walaupun keperluan hidupnya telah mencukupi, lebih rela meninggalkan anak-anak demi bekerja menambah kekayaan yang sedia ada. Mereka melihat itulah cara hidup yang lebih bermakna, standard dan up to date. Mereka lebih seronok bekerja di tengah masyarakat yang bergaul bebas dan terdedah kepada berbagai-bagai maksiat daripada duduk di rumah menjaga dan mendidik anak-anak.

Ada ibu-ibu yang suka mengambil jalan mudah membiarkan anak-anak menonton berbagai program televisyen yang kebanyakannya mengandungi unsur-unsur merosakkan. Akhirnya anak-anak membesar dengan jiwa yang rosak, liar, lemah iman, berakhlak kasar dan biadab sehingga menambahkan lagi keporakperandaan masyarakat yang sudah sedia kronik ini. Ibu yang baik yakin bahawa rumah itulah gelanggang ibadahnya dan salah satu daripada gelanggang perjuangan yang penting. Menyusukan anak, menyalin lampin, memasak, mengajar dan mendidik anak dengan ilmu agama serta membina pemikiran dan jiwanya dengan penuh kasih sayang, itulah cara medapatkan pahala yang besar dan syurga di sisi Allah s.w.t. Rasulallah s.a.w telah bersabda:

"Apabila ia ( wanita ) melahirkan anak, maka tidak keluar seteguk susu dan tidak di sentuh buah susunya dengan sentuhan melainkan untuknya pada setiap teguk dan satu sentuhan itu, satu kebaikan. Jika ia berjaga malam, maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba pada jalan Allah." ( HR Al Hassan bin Safwan, dirawikan oleh Thabrani dan Ibnu Asakir dari Salamah yang menyusukan Saidina Ibrahim, putera Rasulallah s.a.w)
Sepatutnya seorang ibu itu menjaga anaknya bagaikan menatang minyak yang penuh. Ini bukan pula bererti kita menurut sahaja segala kehendak dan telunjuk anak tetapi menjaga, mengawasi serta mendidik mereka dengan penuh hati-hati dan tanggungjawab. Contohilah peribadi mereka yang sanggup mengenepikan kesenangan diri dan duniawi demi menyahut perintah Allah. Ibu yang baim tidak akan berdolak dalih untuk mengorbankan masa, tenaga, harta, ilmu dan kependaian hatta nyawa sekalipun untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna kerana mereka yakin itulah jalan yang diredhoi Allah. Setiap sudut keperluan anak dititik beratkan samada keperluan fizikal, mental atau rohaninya, sempurna dan seimbang. Jadilah anak itu yang teguh imannya, berakhlak baik, berilmu lagi cerdik, sihat dan cergas.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

BERBEZA dengan najis yang dimaafkan, kalau terkena pada tubuh tidak menjejaskan apa-apa. Ia tidak perlu dibasuh atau dibersihkan. Bagaimanapun, kemaafan ini tidak boleh diambil ringan kerana ada kemungkinan najis itu bertukar kepada najis yang tidak dimaafkan pula.

NAJIS YANG DIMAAFKAN IALAH:

i. Darah yang sedikit pada pandangan umum

Darah memang najis tetapi kalau sedikit, setitik dua atau kadar tidak melebihi duit lima sen ia dimaafkan. Maksud dimaafkan di sini, kalau baju terkena darah yang sedikit masih boleh digunakan untuk sembahyang. Sungguhpun najis ini dimaafkan pada pakaian ia tidak dimaafkan pada makanan. Ini seperti darah yang sedikit itu terjatuh ke dalam air atau kuih maka makanan itu dikira bernajis kesemuanya.

ii. Kotoran di jalan raya yang terpercik semasa hujan

Kotoran yang dimaksudkan ialah sesuatu yang tidak dipastikan jenisnya. Kotoran ini mudah terdapat di atas jalan kerana laluan pelbagai kenderaan yang tidak boleh dielakkan. Apabila hujan jalan akan basah, akibatnya kita terkena percikan jika melalui jalan tersebut. Ini dimaafkan.

iii. Bangkai binatang

Yang dimaksudkan ialah seperti nyamuk, lalat, semut, lipas dan seumpamanya. Binatang ini hidup tanpa darah. Kalau mati dikira najis yang dimaafkan. Sebagai contoh, bangkai semut yang terdapat dalam gula tidak akan menyebabkan gula itu menadi najis. Inilah yang dimaksudkan dimaafkan. Sungguhpun begitu, binatang ini tidak dimaafkan kalau berada dalam poket baju sewaktu sembahyang. Sembahyang tidak sah.

Begitulah kedudukan Hukum Najis yang dimaafkan. Bagaimanapun, kemaafan ini adalah bersyarat iaitu :

i. berlaku tanpa sedar

ii berlaku dalam keadaan tidak boleh dielak

Sering terjadi ibu atau isteri menyediakan minuman bernajis tanpa disedari. Logiknya begini; si ibu melihat banyak semut mati di dalam bekas gula, diceduknya gula itu bersama semut mati di dalam bekas gula, diceduknya gula itu bersama semut tadi dengan niat menapisnya nanti. Oleh kerana perbuatan itu secara sedar maka ia tidak dimaafkan.

Dalam contoh yang lain, isteri melihat gulanya dimasuki semut yang masih hidup. Dia terus menceduk gula bersemut itu dan membuat air kopi. Semut itu kemudiannya ditapis. Keadaan ini juga tidak dimaafkan kerana semut itu masih boleh dielakkan.

Dalam dua keadaan di atas, air itu dihukumkan bernajis dan mereka yang meminumnya sama seperti minum air najis. Seseorang yang minum air najis adalah melakukan satu kesalahan. Dan kesan daripada perbuatan itu bukan saja akan meperoleh dosa bahkan akan terkesan dengan tanda hitam. Akibatnya mereka ini akan susah untuk menerima kebenaran.

SEJARAH VALENTINE'S DAY

The World Book Encyclopedia (1998) melukiskan banyaknya versi mengenai Valentine's Day salah satunya festival Romawi yang disebut Lupercalia.

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama-nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara rambang dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan objek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut (whiplash) orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.

Ketika agama Kristen Katolik masuk Roma, mereka mengadopsi upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity).

Lalu bagaimana dengan ucapan "Be My Valentine?" Ken Sweiger dalam artikel "Should Biblical Christians Observe It?" (www.korrnet.org) mengatakan kata "Valentine" berasal dari Latin yang berarti : "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi "to be my Valentine", hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan (karena memintanya menjadi "Sang Maha Kuasa") dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Dalam Islam hal ini disebut Syirik, artinya menyekutukan Allah Subhannahu wa Ta'ala.

Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putra Nimrod "the hunter" dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!

Itulah sejarah Valentine's Day yang sebenarnya, yang seluruhnya tidak lain bersumber dari paganisme orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan pada pastor. Bahkan tak ada kaitannya dengan "kasih sayang", lalu kenapa kita masih juga menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa tahu asal usulnya?. Bila demikian, sangat disayangkan banyak teman-teman kita -remaja putra-putri Islam- yang terkena penyakit ikut-ikutan mengekor budaya Barat dan acara ritual agama lain. Padahal Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman, yang artinya:

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya". (Al Isra' : 36)

Wallahua'lam

Wednesday, February 08, 2012

Buruk Sangka

Tajuk di atas telah dikulliahkan dalam beberapa pengajian (kulliah akidah) dibeberapa tempat di Selangor, Johor (terutamanya Johor Bahru) dan di Singapura pada pertengahan tahun 1990.
Kertas kerja ini terdiri dari dua siri. Tetapi di dalam buku koleksi jilid pertama ini penulis hanya memuatkan siri yang pertma dari dua siri yang telah dikulliahkan. Insya-Allah di buku koleksi jilid kedua akan dimuatkan siri yang seterusnya. Semoga para pembaca yang budiman dan dirahmati Allah dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan agama serta memperolehi kebaikan dari pembacaan dan penelitian kertas kerja yang ringkas ini.

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مِنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.

Buruk sangka terbahagi dua, iaitu:

Pertama: Prasangka yang membawa kepada keburukan walaupun pada mulanya ia menyangka atau berniat baik. Misalnya menambah atau mengurangkan sesuatu amal yang tiada hujjahnya dari syara, maka ia diharamkan kerana selain bertentangan dengan syara ia juga adalah bid’ah yang diharamkan. Dalilnya dapat difahami dari firman Allah Azza wa-Jalla:

وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا

"Dan mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik (kebaikan)".
AL KAHFI, 18:104.

Menurut ayat di atas, perkiraan atau sangkaan mereka yang baik dalam mencipta serta mengadakan- adakan suatu amal yang baru adalah salah walaupun dengan niat yang baik dan kerana Allah, kerana menambah atau mengurangkan sesuatu dalam agama Islam tidak pernah ada keizinannya dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Agama Allah (Islam) sudah sempurna sehingga tidak perlu ditokok tambah sebagaimana firman Allah:

اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ

"Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu".
AL MAIDAH, 5:3.

Kedua: Buruk sangka dari hati yang sedar dan disengajakan oleh pembuatnya. Al-Quran dan as-Sunnah telah menjelaskan bahawa kebanyakan manusia mempunyai rasa buruk sangka terhadap Allah dan agamaNya. Termasuklah mereka yang mengakui sebagai muslim lantaran kejahilannya. Sama ada mereka berburuk sangka terhadap Allah mengenai kesempurnaan syariatNya atau terhadap kebenaran dan kesucian agamaNya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran".
YUNUS, 10:36.

Buruk sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya. Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah, maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan sebagai buruk sangka terhadap Allah. Sikap manusia seperti ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

وَقَالُوْا مَاهِى اِلاَّ حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوْتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ اِلاَّ الدَّهْرُ وَمَالَهُمْ بِذَالِكَ مِنْ عِلْمٍ اِنْ هُمْ اِلاَّ يَظُنُّوْنَ

"Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah sangkaan sahaja". AL JAATSIYAH, 45:24.

اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ

"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?". AL MU'MINUUN, 23:115.

Orang-orang yang kufur dan fasik menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka, begitu juga dengan perkiraan sebahagian orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka selagi mereka mengakui sebagai orang Islam sedangkan mereka tidak melaksanakan kewajiban syara seperti sembahyang, puasa dan lainnya. Allah telah menjelaskan tentang orang-orang yang fasik seperti ini sebagaimana firmanNya:

لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ يَفْرَحُوْنَ بِمَآ اَتَوا وَّيُحِّبُّوْنَ اَنْ يُحْمَدُوْا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ.

"Janganlah kamu sekali-kali menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahawa mereka akan terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih". ALI IMRAN, 3:188.

Ada segolongan manusia yang berburuk sangka terhadap penerimaan Allah tentang sebahagian amal ibadah yang telah dikerjakan, ia menyangka ada amal ibadahnya yang tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ia berpunca sama ada disebabkan keraguan atau penyakit was-was. Keraguan dan was-was seperti ini adalah haram dan boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang umatnya dari berasa ragu-ragu dan was-was tentang ibadah yang telah dikerjakan sebagaimana sabda baginda:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". (FUSHSILAT, 23:41). H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Orang-orang yang beriman diharamkan dari meragui apa sahaja perkara dan kejadian yang berlaku terhadap dirinya atau terhadap yang lainnya sehingga membelakang dan mengenepikan Allah atas urusan tersebut, kerana keraguan seperti itu boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah.

عَنْ اَبِى بَكْرٍ قَالَ : قُلْتُ لِلنَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَنَا فِى الْغَارِ لَوْ اَحَدَهُمْ نَظَرَ تَحْتَ قَدَمَيْهِ لاَبْصَرَنَا فَقَالَ : مَا ظَنُّكَ يَا اَبَا بَكْرٍ بِاثْنَيْنِ اللهُ ثَالِثُهُمِا

"Dari Abi Bakar berkata: Aku katakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan aku di dalam gua: Jika salah seorang dari mereka melihat (melalui) bawah kakinya, nescaya akan melihat kita hanya berdua. Maka baginda bersabda: Tidaklah begitu persangkaanmu wahai Abi Bakar, dengan berdua (dan) Allah yang ketiga". H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Kesemua dalil-dalil dari al-Quran dan hadith di atas menjelaskan bahawa berburuk sangka (berperasangkaan buruk) terhadap Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam apa hal sekalipun adalah perbuatan keji dan kufur (syirik terhadap Allah). Buruk sangka terhadap Allah adalah sikap orang-orang kafir (musyrikin) jahiliah yang sangat dikutuk dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Setiap orang yang beriman dilarang dari berburuk sangka terhadap keadilan Allah kepada makhlukNya, berburuk sangka terhadap kesempurnaan agama Allah dan berburuk sangka terhadap kekuasaan Allah sehingga membelakangkan Allah dalam segala aspek dan cara hidup yang dianggap ibadah oleh syara.

HUKUM BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah. Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah dan sabda Nabi:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا. رواه ابن ماجه.

"Dari Abdullah bin Umar berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”. H/R Ibn Majah.

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ : وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.

"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata: Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik". Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ

"Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan". H/R at-Tabrani.

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". H/R Imam Malik.

Orang-orang yang mempunyai penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka terhadap Allah dan terhaap ibadahnya, ia perlu segara meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat. Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyebukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka.

Sumber : http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_empat.htm

Wednesday, February 01, 2012

KALAMULLAH KEWAJIPAN MENGELUARKAN ZAKAT

Surah Al Taubah : Ayat 103
Ayat:
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'

Huraian
Zakat merupakan salah satu sumber pembangunan ekonomi Islam. Kewajipan menunaikan rukun Islam yang keempat ini tidak boleh dipandang mudah. Ini kerana ia adalah hak orang lain dan keengganan mengeluarkan zakat dikira merampas hak orang lain dan berdosa besar. Dengan sebab itu, mengeluarkan zakat dapat mensucikan diri dari dosa, harta diberkati dan membuang sifat yang buruk seperti bakhil, mementingkan diri sendiri, tamak dan sebagainya. Di samping itu, mendoakan kebaikan kepada pengeluar zakat bukan sahaja menenangkan hati dan jiwa mereka malah memupuk perasaan saling berkasih sayang dan tolong menolong sesama insan.
Kesimpulan
Zakat wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syaratnya. Selain menjadi sumber ekonomi ummah, ia juga boleh mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Ramadhan : PROSES MENGEMBALIKAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA


Mengapa Hari Raya Aidil Fitri dinamakan juga Hari Raya Fitrah?


Kerana hari itu hari di mana manusia keluar dari Ramadhan membawa diri yang suci bersih lahir dan batin, sebagaimana fitrah semulajadinya. Sebab latihan-latihan ibadah yang diperintahkan di dalam bulan Ramadhan, kalau dilaksnakan mengikut displin syariat lahir dan batinnya mampu mampu mengembalikan manusia kepada fitrah murni, sama seperti mana ia mula-mula dilahirkan ke dunia. Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya : Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih seperti kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Fitrah manusia sewaktu baru datang ke dunia , yakni sebelum diracuni oleh kesesatan dan maksiat, adalah bersih dari segala kejahatan lahir dan batin. Hati manusia asalnya atau fitrahnya adalah baik, menyintai kebaikan, kenal dan taat kepada Allah SWT. Sebab hati memang mengaku yang dia adalah hamba Allah. Hati tidak setuju kalau dia dikatakan hamba syaitan, hamba nafsu, hamba betina atau lain-lain selain Tuhan. Benarlah Allah berfirman:
 Terjemahannya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab Ya, kami menjadi saksi (Engkaulah) Tuhan kami (Al A' raf: 172).
 Demikian pengakuan roh sewaktu belum dilahirkan ke dunia, yakni ketika dihadapkan ke hadrat Allah. Roh (Hati) waktu itu kenal Allah dan mengaku hamba-Nya. Tapi bila tiba ke dunia yang fana ini, roh disaluti nafsu dan syaitan dan dipengaruhi oleh segala macam tipu daya kenikmatan dan kelazatan dunia, maka jadilah ia derhaka dan lupa pada Tuhan yang sebenar yakni Allah SWT.

Lalu manusia bertuhankan Tuhan-Tuhan selain Allah sama ada sedar atau tidak. Umat Islam, sekalipun mengaku Allah Tuhannya, tapi dalam tindak-tanduknya, mereka bertuhankan hawa nafsu. Amalan lahir, apalagi amalan batin yang mereka lakukan adalah perbuatan-perbuatan yang diperintahkan oleh nafsu. Firman Allah :
Terjemahannya: Maka pernahkah engkau perhatikan orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya? (Al Jaathiah: 23)

Tamak haloba, cinta dunia (hingga lupa Akhirat), gila pangkat dan sanjungan hingga tergamak tindas-menindas dan zalim menzalimi, sombong bongkak, angkuh, takabur hingga hilang timbang rasa dan belas kasihan sesama manusia, berdengki berdendam hingga sanggup fitnah memfitnah, umpat mengumpat, mengadu domba, mengampu dan menjilat.

Bakhil atau kedekut hingga terjadilah si kaya bertambah kaya, semiskin makin merempat, mementingkan diri sendiri dan menyalah- gunakan kuasa hingga tergamak melihat dan membiarkan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain. Kecewa, putus asa, membazir. ltulah di antara kejahatan manusia dengan sesama manusia kerana bertuhankan nafsu. Dengan Allah lebih-lebih lagi kejamnya manusia ini.

Hatta dengan ibu bapa, dengan guru-guru dan dengan orang-orang yang sudah berjasa padanya pun, manusia susah begitu derhaka sekali. Kata-kata atau perintah Allah dipersoal dan dipersendakan, sebaliknya larangan Allah dilakukan dcngan terang-terangan dan berleluasa. Inilah yang dikatakan syirik khafi. Alangkah kejamnya manusia akhir zaman ini!

Manusia yang mati dalam keadaan fitrahnya bcgitu kotor dengan mazmumah, bererti mati dalam derhaka pada Allah. Allah mengingatkan ini dengan firmanNya
Terjemahannya: Di hari harta dan anak-anak tidak berguna melainkan orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang selamat. (As Syuara: 88-89)

Kalau begitu wajiblah kila melakukan amalan-amalan yang boleh membersihkan hati kita. Amalan berpuasa adalah amalan yang sebaik- baiknya. Sebab itu Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan sebulan lamanya. Puasa yang dilakukan dengan sebaik-baiknya, akan dapat mengembalikan manusia kepada fitrahnya? Hal ini berlaku kerana sepanjang Ramadhan kita mengerjakan amalan-amalan berikut:
1. Puasa

2. Mujahadatunnafsi

3. Sembahyang sunat Terawih

4. Mengeluarkan zakat fitrah dan sedekah

5. Membaca Al Quran

Semua ibadah ini adalah tarbiah atau pendidikan yang boleh membuang sifat-sifat yang jahat. Kemudian menggantikannya dengan sifat-sifat fitrah yang murni. Dengan kata lain, dapat membuang sifat mazmumah untuk diganti dengan sifat-sifat mahmudah.

Proses itu berlaku seperti berikut:

1. Berpuasa ertinya menahan keinginan nafsu untuk makan, minum dan nafsu syahwat. Perbuatan ini boleh mendidik manusia menjadi seorang yang sabar dan redha. Maknanya, manusia itu boleh tahan kemahuan- kemahuan nafsunya dari melakukan hal-ha1 yang ditegahkan oleh Allah SWT. Seorang yang boleh sabar dalam menghadapi segala masalah hidup, nescaya akan beroleh keuntungan dunia dan Akhirat. Dan Allah pun menjanjikan pahala tanpa hisab untuk orang-orang yang sabar. Firman- Nya:
Terjemahannya: Sesungguhnya dibalas orang-orang yang sabar itu pahalanya tanpa hisab.(Az Zumar: 10)

Puasa juga akan mendatangkan rasa timbang rasa terhadap orang-orang yang susah. Lapar dan haus yang kita tanggung kerana puasa, akan memahamkan kita bahawa demikianlah deritanya orang-orang miskin dan anak-anak yatim. Apa hal kalau kita ditimpakan nasib yang sama? Tentu kita tidak sanggup. Kalau begitu berlaku baiklah terhadap mereka itu. Hiburkanlah mereka itu. Dengan itu moga-moga Allah melepaskan kita dari kesusahan hidup dunia dan Akhirat.

2. Sebulan Ramadhan kita didisplinkan oleh syariat supaya membanyakkan mujahadah melawan hawa nafsu dan syaitan. Yakni tidak menurut kehendak keduanya. Selain dari nafsu makan minum dan nafsu kelamin, di hari siangnya, kita juga diperintahkan melawan mazmumah- mazmumah yang lain seperti. bakhil, ujub, sombong, marah, dengki, tamak, cinta dunia, berburuk sangka, mengadu domba, mengumpat, mementingkan diri sendiri, memutuskan silaturrahim dan lain-lain lagi. Seorang yang berpuasa tetapi mengekalkan kejahatan-kejahatan lahir dan batin, tidak akan mendapat apa-apa faedah, selain lapar dan dahaga. Demikianlah maksud hadis:
Terjemahannya: Berapa banyak orang yang puasa tapi tidak mendapat apa- apa melainkan lapar dan dahaga.(Riwayat An Nasai).

Itu maknanya kita diarahkan untuk memberhentikan kejahatan- kejahatan nafsu itu. Yakni dengan melakukan mujahadatunnafsi. Seorang yang berjaya melawan nafsunya, sekaligus dapat juga melawan syaitan. Sebab nafsu adalah laluan penting (highway) bagi syaitan. Bila kedua-dua musuh batin itu ditewaskan, jadilah nafsu itu, nafsu yang taat setia pada tuhan, maka manusia akan kembali pada fitrah muminya. Yakni berakhlak mulia. Dan itulah kemenangan yang hakiki.Firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan rugilah siapa yang mengotorinya. (Asy Syams: 9-10)

Tuhan memuliakan jiwa-jiwa yang suci ini dengan firman-Nya:
Terjemahannya: Wahai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.(Al Fajr: 27-30).

3. Sepanjang Ramadhan kita telah mengerjakan sembahyang sunat terawih pada tiap-tiap malam 20 rakaat selama 30 malam. Ertinya kita telah melebihkan sembahyang sunat sebanyak 600 rakaat pada bulan Ramadhan ini. Scmbahyang ertinya mengingati Allah, bercakap-cakap dengan Allah, meminta dengan Allah, mengharap pada-Nya, merasa kehambaan diri, rasa tcrhina dan rasa hebat pada-Nya. Setiap kali berdiri, rukuk dan sujud, kita berjanji dan bersumpah untuk hidup dan mati dalam mengabdikan diri hanya pada Allah. Dan kita katakan juga yang kita mahu jalan yang lurus, jalan Nabi-Nabi dan orang-orang soleh, bukan jalan orang-orang kafir, Yahudi dan Nasrani. Begitu sembahyang membawa kita mendekatkan keinginan untuk jadi rijalullah (orang Allah).

Kalau benarlah kita jujur dalam sembahyang, 600 rakaat tarawih itu benar-benar telah boleh mcngubah kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Yakni bila orang yang cinta Allah, lebih daripada yang lain, membesarkan Akhirat lebih daripada dunia, suka sayang sesame mukmin, tegas dan keras dengan kekafiran dan maksiat, pemurah, berbaik sangka dengan manusia, sabar dalam ujian, syukur dengan nikmat, redha dengan takdir, membanyakkan amalan amal soleh, taat suami, bertimbang rasa dengan isteri, memuliakan ibu bapa, kasihkan guru, setia pada pemimpin dan lain-lain lagi kebaikan yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Sembahyang akan memimpin, mendidik dan mengingatkan kita agar menjadikan Allah matlamat hidup. Dan menolak segala bisik hasutan nafsu dan syaitan terkutuk.
Allah berfirman:
Terjemahannya: Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada (perbuatun-perbuatan) keji dan mungkar. (Al Ankabut: 45)

Firman Allah lagi:
Terjemahannya: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang. (Al Mukminun: 1-2)

Seterusnya Allah berfirman
Terjemahannya: Jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.(Al Baqarah: 45)

Demikian besarnya peranan sembahyang dalam membentuk akhlak yang mulia. Siapa yang benar-benar sembahyang nescaya sudah merasai hasil yang dijanjikan oleh Allah itu.

4. Di dalam bulan Ramadhan kita diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah, dan digalakkan membanyakkan sedekah. Ertinya kita disuruh berlaku pemurah, bertimbang rasa pada orang-orang susah dan berkasih sayang dengan mereka Orang yang dapat menghiburkan saudara se-Islam, nescaya Allah akan hiburkan dengan Syurga di dunia dan Akhirat. Seorang yang hanya beribadah dengan Allah, tapi tidak berbaik-baik dengan hamba-hamba Allah, belumlah terjamin kebahagiaan hidupnya di dunia dan di Akhirat. Kerana itu di bulan Ramadhan, Islam mendidik kita untuk banyak memberikan harta kita pada jalan Allah. Yakni pada orang susah. Kalau itu dapat dikekalkan sebagai akhlak kita, ertinya kita telah mengembalikan diri kepada sifat semulajadi yang suci, sebagaimana waktu kita mula-mula dilahirkan.

5. Amalan yang sangat digalakkan juga dalam bulan Ramadhan ialah membaca Al Quran. Tapi membaca Al Quran bukan hanya untuk mendapat pahala atau ambil berkat sahaja. Membaca Al Quran ertinya meneliti hukum-hakam, mengambil iktibar dari cerita-cerita di dalamnya, memerhatikan tanzir (khabar-khabar yang menakutkan) serta tabsyir (khabar gembira) dari Allah SWT. Juga untuk membersihkan fikiran- fikiran kita daripada segala akidah dan ideology (isma-isma) karut ciptaan manusia. Contohnya faham-faham nasionalisma, sosialisma, komunisma, kapitalisma, feudalisma dan lain-lain lagi. Semua fahaman itu sudah menjadi fikiran dan jiwa kita. Sedangkan ajaran Al Quran dan Sunnah masih asing pada kita.

Jadi, dengan banyak membaca Al Quran, kita dapat mengikis kekarutan fahaman-fahaman lama itu dari fikiran kita. Kita akan jadi orang yang kenal Allah, merasai kehebatan dan kebesaran-Nya, mahu menyembah-Nya. Dan lagi kita akan teringat-ingatkan Akhirat, yakni Syurga dan Neraka. Betapa indahnya Syurga dan betapa dahsyatnya Neraka akan terasa oleh kita. Tegasnya Al Quran akan menambah iman kita. Ertinya kita akan dibersihkan oleh Al Quran, sebersih mula-mula kita dilahirkan ke dunia.

Begitulah secara ringkas proses mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan. Ianya berlalu mungkin secara langsung atau secara tidak langsung. Tapi hasilnya akan terasa oleh kita. Bertambah atau tidak iman kita, jinak atau tidak nafsu kita akan bertambah baik atau tidak akhlak kita? Adakah bertambah cinta kita pada Allah dan rindu kita pada Akhirat? Bertambahkah pengorbanan dan perjuangan pada jalan Allah?

Bagaimana dengan sifat rendah diri pemurah. berbaik sangka, zuhud, sabar, redha, berkasih sayang sesama mukmin dan lain-lain. Sudahkah jadi akhlak kita? Sekiranya jawabnya tidak. Itu tandanya kita tidak berpuasa dan tidak beribadah sepanjang Ramadhan itu. Lihat apa kata Rasulullah SAW :
Terjemahannya: Berapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapat apa-apa selain lapar dan dahaga.

Kalaulah puasa kita tidak menghilangkan keluh kesah, tamak haloba, sombong, hasad dengki, marah dan cinta dunia kita itu, ertinya yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga. Dan kalau begitu apa ertinya hari raya pada kita? Kemenangan apa yang hendak kita syukurkan pada hari raya? Sepatutnya pada hari raya kita menangis atas kekalahan kita berhadapan dengan nafsu kita itu. Tangisi juga ujian-ujian Allah yang kita gagal menghadapinya. Hari raya sebaik-baiknya hari bertaubat dcngan Allah alas segala kebiadapan yang kita lakukan pada- Nya.

Kita mimpikan sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan dari Allah SWT. Dan kita berharap serta bcrjuang dan berkorban untuk maksud itu. Hingga kadang-kadang kita terfikir kitalah generasi yang boleh menegakkan kembali Islam di dunia sepertimana sejarah perjuangnn salafussoleh sedangkan iman dan taqwa serta akhlak dan ibadah kita tidak seperti mereka.

Saiyidina Umar Al Khattab sewaktu dilantik menjadi khalifah pernah berjalan dengan sahabat-sahabatnya melalui tempat najis. Lama beliau berdiri di situ hingga sahabat-sahabat jadi gelisah dan bertanya, " Mengapa kita berhenti di sini" Jawab Saiyidina Umar, "Inilah dunia yang kamu selalu berlumba-lumba mencapainya. Akhimya dia jadi najis yang kamu sangat membencinya."

Begitulah kepimpinan Sayidina Umar. Sewaktu memberi amanat pada tenteranya ketika menjatuhkan Rom dan Parsi baginda Amirul Mukminin berucap: "Aku lebih takutknn dosa-dosa yang kamu lakukan, daripada takutkan musuh-musuh kamu, kerana kalau kamu berdosa, Allah tidak menolong kamu, dan membiarkan kamu pada musuh-musuh kamu itu."

Begitulah darjat taqwa yang menghiasi hati khalifah-khalifah Islam di zaman salafusoleh. Saidina Ali karamullah wajhah pula, Amirul Mukminin itu diceritakan oleh sahabat bernama Dhirar, bahawa dia selalu melihat Sayidina Ali menangis-nangis bagai orang kesusahan di tengah-tengah malam. Sambil berkata, "Wahai dunia, janganlah engkau tipu aku. Pergi jauhlah dariku. Jauh, jauh. Bekalku sangat sedikit sedangkan hidup di Akhirat itu kekal abadi."

Khalifah Umar Abdul Aziz menasihati gabenor-gabenor di daerah pemerintahannya dengan katanya, "Kekuasaan yang ada di tangan saudara- saudara telah memungkinkan kamu untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hati kamu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahawa Allah SWT membela orang yang teraniaya terhadap yang menzaliminya."

Saidina Abu Ubaidah Ibnu Jarrah, setelah Syria jatuh ke tangannya, hanya memiliki sebuah kediaman kecil yang ada di dalamnya hanya sehelai kain dan satu mangkuk. Saiyidina Umar menangis melihat kemiskinan ketua tenteranya itu, tapi apa jawab Abu Ubaidah. "Tuan menangis kerana saya menjual dunia untuk Akhirat?" Seorang sahabat bernama Said bin Amir mendapat kiriman wang seribu dinar dari Saiyidina Umar, telah berteriak-teriak dan meminta perlindungan Allah. Isterinya bertanya kehairanan. Dijawabnya, "Dunia telah datang kepada saya."

Demikianlah taqwa para sahabat. Dalam keadaan inilah dunia menyerah diri pada mereka dan mereka menjadi tuan-tuan besar yang telah memberi keamanan pada dunia. Kemuncak bagi segala taqwa itu, cuba lihat doa Rasulullah SAW selaku pemimpin dunia yang agung itu, "Wahai Tuhan, kurniakan, aku dua mata yang selalu berlinang air mata, sebelum datang hari Akhirat, di mata mengalirkan darah dan gigi-gigi menjadi bara."

Doa dan hati beginilah yang menyebabkan Allah membantu mereka dan memberi kemenangan kepada mereka. Allah percaya dan sayang mereka. Maka Allah pun mengangkat mereka dari segala kaumnya.

Apahal dengan kita? Cita-cita besar, angan-angan panjang tapi taqwa kita makin hari makin kurang. Amal ibadah kita dan perjuangan kita bukan menambah taqwa tapi menjahanamkan kita. Kita berjuang dengan kekuatan semangat dan nafsu, bukan dorongan taqwa. Sebab itu hasilnya bukan saja Islam belum tegak dalam negara dan masyarakat tapi diri sendiri pun makin ganas dan akhlak buruk sekali. Bagaimana Allah, boleh percaya untuk memberi kemenangan pada kita? Apa jaminan yang kita boleh mengamankan dunia?

Di seluruh dunia hari ini, keamanan sudah tidak wujud lagi. Maksiat jadi budaya hidup yang diperjuangkan. Perpaduan hancur lebur, hatta dalam rumahtangga pun tiada lagi kasih sayang yang hakiki lagi. Perang dan rusuhan makin bertambah dan menjadi-jadi. Krisis politik makin kusut dan meruncing. Penyelewengan dan penipuan dalam ekononi makin menjadi-jadi. Rusuhan tidak dapat dibendung lagi. Manusia benar- benar hidup dalam nafsi-nafsi. Tuhan tidak ada tempat dalam kehidupan. Al Quran hanya untuk berhibur-hibur. Undang-undangnya dipertikaikan dan tidak diterima dalam perundangan hidup manusia abad ini.

Sungguh dunia hari ini dan kehidupan manusia-manusia sudah rosak sama sekali. Kalaulah ha1 ini dibiarkan terus-menerus berlaku, kita bimbang kita dan anak cucu kita akan terseret sama dalam kemurkaan Allah dunia dan Akhirat. Tapi apa daya usaha yang boleh kita lakukan untuk menghadapi masalah dunia ini? Kita masih terlalu lemah dalam apa ha1 sekalipun.

Mendengar pekikan-pekikan dari pejuang Islam di seluruh dunia, rasanya seolah-olah mudah saja dunia ini hendak diIslamkan kembali. Dan rasanya apa juga masalah dunia akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi. Tapi bila dilihat pada realiti yang wujud, kita jadi kecewa bila melihat Islam yang ditempikkan itu hanya jadi angina yang tidak boleh dilihat. Usaha-usaha praktikal untuk mengkotakan cita-cita perjuangan yang ditempikkan itu belum dimulakan lagi. Lantaran itu, pejuang-pejuang Islam sendiri masih terlibat secara langsung dengan ekonomi riba, pendidikan sekular, politik demokrasi kotor, sosial lucah yang menghalalkan percampuran lelaki perempuan, hiburan-hiburan yang melalaikan, makanan syubhat, pakaian dan hiasan ala Yahudi, rumah bagai muzium dan anak isteri yang tidak dididik dengan Islam.

Dari hal yang kecil kepada yang besar, mereka belum menukarkannya dari jahiliah kepada Islam. Ramadhan yang sudah silih berganti datangnya dan ibadah-ibadah lain yang banyak dilakukan tidak pun mendorong mereka untuk berubah dari memperturutkan nafsu kepada mentaati Allah. Tegasnya ibadah mereka tidak mengembalikan mereka kepada fitrah murni yang taat kepada Allah.

Apa harapan untuk mereka mengubah dunia jahiliah ini kepada dunia Islam? Kita hairan dan masyarakat akan tertanya-tanya bila dan bagaimana peralihan hidup kepada Islam mahu dimulakan. Supaya kita dan mereka tidak lagi berada dalam suasana dan system mungkar yang iperjuangkan oleh musuh-musuh Islam. Supaya Islam bukan lagi untuk slogan dan tempikan tetapi untuk diamalkan dan dikerjakan. Supaya Islam dan mereka tidak lagi berada dalam suasana dan sistem mungkar yang diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam. Supaya Islam bukan hanya dalam kertas, di pentas dan diseminarkan tapi untuk dibangunkan, dilaksanakan dalam kehidupan dan buktikan secara realiti. Supaya Allah dan Rasul serta orang mukmin dapat menilai. Supaya ternyata siapa yang benar-benar inginkan Islam pada orang ramai, untuk menarik perhatian masyarakat kepadanya.

Bercakap tentang Islam memang mudah. Tapi mengamalkan Islam itu susah. Orang yang bercakap tentang kebaikan belum tentu dapat melakukan kebaikan tersebut. Sebab untuk bercakap kita memerlukan ilmu tapi untuk beramal memerlukan iman dan taqwa. Sebab itu Sayidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata. "Orang alim yang tidak bertaqwa, katanya tidak akan berbekas di hati manusia seperti hujan yang turun di atas batu yang licin atau di atas telur burung kasawari."

Maknanya, cakap orang yang berilmu tapi tidak bertaqwa itu tidak boleh mengubah orang dari kurang baik kepada lebih baik. Tegasnya, orang ang tidak dapat hendak beramal dengan kata-katanya. Di dengar sedap, tapi tidak dapat hendak beramal dengannya. Hanya berteori tapi tidak untuk dipraktikkan.

Mengapa orang yang tidak bcrtaqwa tidak dapat menegakkan Islam dengan kehidupan, dan tidak dapat membuatkan orang lain beramal dengan ajarannya? Ini berdasarkan firman Allah:
Terjemahannya: Dan Allah itu pemhela orang-orang yang bertaqwa. (Al Jaathiyah :19)

Allah tidak kata Dia akan bela orang Islam. Maknanya Islam saja tapi tidak bertaqwa, tidak akan dibela atau ditolong oleh Allah. Bila Allah tidak mahu tolong, maka usaha atau perjuangan tidak akan sampai ke matlamatnya. Islam yang kita ingin, tidak ketemu jalan-jalan untuk melaksanakannya. Tinggallah cita-cita sebesar gunung tapi keupayaan terdampar di bumi.

Oleh itu, perjuangan kita kalau mahu dibantu oleh Allah hendaklah diasas dan didorong oleh iman dan taqwa. Senjata perjuangan Islam yang terpenting ialah iman dan taqwa yang dimiliki oleh tiap-tiap peribadi pejuang-pejuangnya. Sebab itu program-program untuk mendapatkan iman dan taqwa mesti jadi program terpenting dalam perjuangan kita. Dan kalau ada aktiviti-aktiviti yang boleh melemahkan iman dan taqwa, itu mesti dihindarkan.


Jemaah yang dianggotai oleh orang-orang bertaqwa, sekalipun kecil akan lebih bertenaga daripada jemaah yang besar tapi tidak membawa taqwa.Firman Allah:
Terjemahannya: Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah.(Al Baqarah: 249)

Jemaah yang ahlinya banyak meakukan dosa, tidak akan mendapat bantuan dari Allah. Sebab itu tugas penting kita sekarang ialah mendidik agar ahli-ahli kita jadi hamba yang bertaqwa, yang takut untuk melakukan dosa dan rindu pada Tuhannya. Bila tenaga-tenaga begitu sudah tersedia, waktu itu moga-moga Allah akan beri kepercayaan pada kita untuk menegakkan agama-Nya di bumi ini.

Dengan taqwa, seseorang tidak akan merelakan diri dan keluarga serta masyarakatnya berada dalam suasana hidup jahiliah. Jemaah orang bertaqwa akan membebaskan diri dari sebarang sistem yang bertentangan dengan Islam. Mereka berjuang dan berkorban untuk menegakkan Islam dalam masyarakat mereka sekurang-kurangnya. Mereka bimbang kalau- kalau mereka mati dalam keadaan bergelumang dengan dosa-dosa lahir atau batin, fardhu ain atau fardhu kifayah yang belum selesai dan dosa-dosa dengan Allah atau dengan manusia.

Orang bertaqwa adalah orang-orang yang berkorban hidup matinya untuk Allah. Dalam perjuangan mereka tidak ada kerjasama dengan orang yang mungkar atau buat maksiat. Mereka merdeka dari bersandar dengan musuh Allah walau dalam apa keperluan. Mereka ada kekuatan sendiri yang disandarkan pada Allah SWT. Taqwa mereka menjadikan mereka rela berkorban dan berani menegakkan Islam dalam masyarakat di mana saja mereka berada. Allah berfirman:
Terjemahannya: Maka barangsiapa yang bertaqwa dan berbuat kebajikan maka tiada perasaan takut pada mereka dan tidak pula berdukacita.(Al A'raf: 35)

Tidak berlakunya semua itu dalam masyarakat kita hari ini, hatta dalam jemaah-jemaah Islam, ialah kerana kita belum bertaqwa. Oleh itu marilah kita mengusahakan jemaah orang-orang yang bertaqwa. Moga-moga Ramadhan ini memberi kekuatan asas pada kita untuk memperjuangkannya. Dan jadikanlah hari raya nanti sebagai hari pertama kita memulakan program-program yang boleh melahirkan hamba-hamba Allah yang bertaqwa.

Kelebihan nama anak

Kelebihan-lebihan menamakan anak-anak lelaki

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua: "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk surga? Lalu berfirman Allah Ta'ala: "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman: "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata: "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda: "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi: "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Sumber : Fwd Mail

kehebatan yang lima

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perlahan- lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

#sumber: nukilan cahaya malam..