PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Wednesday, June 27, 2012

Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan
bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku  hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad)  yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu
pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

Duri Pun Mendatangkan Pahala

Sesungguhnya anugerah ALLAH Taala itu amatlah luas, ganjarannya kepada para hamba-Nya amatlah besar dan pahala-Nya amatlah banyak. Apa yang harus dilakukan oleh seseorang adalah bersyukur ketika dalam senang dan bersabar ketika dalam keadaan susah sambil menunggu pertolongan ALLAh, Tuhan bumi dan langit , Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah orang muslim ditimpa kesukaran dan keletihan, dukacita dan sedih, penderitaan dan kemurungan, bahkan duri yang menusuknya sekali pun, melainkan ALLAH mengampuni dosa-dosanya" (Hr. Al-Bukhari dan Muslim)


Alangkah bahagianya umat islam hidup di bawah naungan agama agung ini, dimana ALLAH telah memberikan pelbagai anugerah kepada para pemeluknya, melimpahkan nikmat dan anugeran-Nya kepada mereka sepanjang pagi dan petang.


Kesukaran dan kesulitan pasti mendatangkan ganjaran pahala bagi setiap muslim. Sakit baginya merupakan pahala. Kesedihan dan kemurungan baginya merupakan pahala.Kesenangan dan penderitaan baginya adalah pahala. Bahkan duri yang menusuk kaki atau tangannya pun akan mendatangkan ganjaran pahala.


Sabar pasti mengatakan betapa cepat pertolongan datang. Siapa percaya ALLAH dalam setiap urusan pasti selamat. Siapa takut kepada ALLAH pasti dia tidak akan menderita. Siapa mengharapkan-Nya, maka Dia selalu bersamanya.


Ibn Masud pernah mendatangi Nabi s.a.w ketika baginda sedang demam panas. Dia berkata " Wahai Rasul, engkau sekarang sedang mengalami sakit luar biasa,"


Baginda bersabda, " Ya, aku sedang sakit demam yang dahsyatnya sama seperti dua orang lelaki di antara kamu yang menderita demam," Ibnu Masud bertanya, " Jika demikian, bererti kamu memperolehi dua pahala?" mendengar itu, baginda bersabda, " Betul, memang seperti itu. Tidaklah seorang muslim tersusuk oleh duri atau lebih berbahaya daripada itu melainkan ALLAH akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)




Seseorang pasti mendapat kesulitan dan kesenangan
Pasti ada kebahagiaan dan kesedihan menghampirinya
ALLAH memintanya supaya mensyukuri nikmat-Nya

Setiap musibah yang menimpanya hendaklah sabar
Ketahuilah tidak ada kesukaran sepanjang zaman
Dan tidak pula ada kenikmatan sepanjang zaman.