PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Sunday, October 15, 2006

5 Tahap IMAN Manusia

IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan Nabi,Kitab2,hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.


IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.Imannya bertempat di hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.Pabila disebut nama Allah, gementar hatinya.Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan.Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb.Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah.Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.
IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar.Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !

Di manakah tahap keimanan kita ? Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh,iltizam dan istiqomah.
Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 :
Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

Kelebihan Surah-surah Tertentu

Sememangnya terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah-surah tertentu. Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :-

SURAH AL-FATIHAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah (H.R. Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."(H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)

SURAH YASIIN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hari akan dipenuhi hajat pada hari itu."(H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."(H.R, al-Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN
Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-IKHLASH
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran."(H.R. al-Tirmidzi)

Friday, April 14, 2006

Bahaya besar makanan tidak halal

KEPENTINGAN memilih makanan dan minuman yang bersih serta halal, sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini bertujuan memastikan makanan dan minuman itu tidak memudaratkan manusia. Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu" (Hadis riwayat Muslim). Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya pada masa yang sama, perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya" (Hadis riwayat at-Tirmizi). Islam begitu menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin kepada kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, pasti akan lahir dalam dirinya nur keimanan yang membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan termasuk pakaian, tempat tinggal dan tubuh badan.

Dalam ibadat asas agama itu sendiri iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hamba-Nya dalam keadaan kotor dan hina. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: "Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.

"Pemilihan makanan bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah an-Nahl, ayat 114-115).

Makanan yang haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal, akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya. Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah. Ketiga, dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari akhirat kelak.

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa. Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan.

Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Dari aspek adab pemilihan makanan pula, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya. Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya.

Makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya. Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika salihah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya.

Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.

"Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: "Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.

"Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu 'makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang'. Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

Sementara 'berhenti sebelum kenyang' pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah 'kilang' dalam perut untuk memprosesnya.

Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan. Harus kita insaf bahawa kelalaian dan kealpaan kita mengurus dengan baik segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah, akan membawa padah kepada diri kita sendiri.

Thursday, February 23, 2006

berkongsi sedikit ilmu dari kuliah bulanan Dr Fatma El Zahra

Assalamualaikum wbt,

Jom berkongsi sedikit ilmu dari kuliah bulanan Dr Fatma El Zahra di JPM

a. Cara menyuburkan iman:
- banyak membaca Al-Quran
- hadir majlis ilmu
- banyak bertakfakur tentang kebesaran Allah SWT eg: tsunami, gempa bumi
- banyak zikrullah (LaillahailaAllah)
- value added amal ibadat - tambah amalan sunat, amal jariah etc.


b. Makruh memberi salam/bersalam :
- dlm tandas
- ketika majlis ilmu berjalan


d. Amalan supaya anak2 rajin bersolah:
- Sambil mengadap qiblat, baca ayat 40: surah ibrahim
- always remind anak supaya bersolah, never give-up
- baca ayat 1-5: surah al Baqarah dlm air (ulang 7 x`waaqimunassolah'), minumkan air tu, lebih mujarab jika ibu yg buat.


e. Amalan supaya lembut hati anak2 dan suami:
- amalan ni disokong oleh ijmak ulama (bukan sunnah nabi) tapi insyaAllah setiap amalan berasaskan Al-Quran akan dimakbulkan Allah swt.
- baca surah al-fatihah
- Ayat 1-6: surah al-toha
- Ayat 1 : surah al-Hasry
- baca doa Nabi Daud 7 x (Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya (sebut nama) sebagaimana engkau lembutkan bagi Nabi Daud akan besi)
- hembuskan dalam air atau makanan....guna utk minuman harian.


f. selain dari tip2 di atas, kuliah fokus dalam topik tafsir Juz Amma (al-kafirun, al-nasr, al-lahab, al-ikhlas, al-falaq & al-nas)
- amat jelas penghuraian beliau umpama kita berada di zaman nabi semasa ayat2 tersebut diturunkan. Kelemahan saya tidak dpt utk mengulangi penghuraian terperinci beliau. ini boleh dirujuk dlm mana2 tafsir.


g. Fadilat surah-surah:
- al-kafirun (Jaminan Allah terhindar dari syirik, murtad dan mati dlm iman)- amalkan dlm solah fardhu
- al-nasr ( surah yg menggalakkan kita bertaubat)
- al-lahab (baca 100 x selepas Isyak utk mengelakkan fitnah)
- 3 Qul (baca 3 x setiap pagi dan mlm menjadi ubat ketika sakit dan dilindungi Allah)
- al-ikhlas (baca 10 x sblm tidur, dijanjikan Allah sebuah istana di syurga dan umpama telah bersyahadah sekiranya kita mati dlm tidur dan menjadi ahli syurga) (baca 11x sebelum masuk rumah, murah rezeki).


h. Perbanyakkan zikir `SubhanaAllahil azim wabihamdi' dan ` Wa Astaghfirullahil azim waatubu illait' dan dicadangkan utk org2 sakit dan ketika waktu lapang ( tak yah sibuk nak tengok tv je...kita tak tau bila ajal kita).


begitu le serba sedikit ilmu yg dicerap melalui kuliah tersebut.


Wassallam.

Sumber : Fwd mail
Assalammu'alaikkum Wr.Wb...


Syaitan² kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka initenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akanbertindakagar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk YANG BOLEH KITA NAMPAK DENGAN MATA KASAR IALAH DIRI KITA SENDIRI!!

LALU MARILAH KITA BERSAMA-SAMA PERBANYAKKAN BERDOA MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT, AGAR KITA JAUH TERPESONG DARI GODAAN SYAITAN!!

Insya'Allah.....

Amin..Amin..Amin...Ya Raba'al Alamin...