PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Thursday, August 02, 2012

Hari Raya Puasa Aidil Fitri

Buat Renungan ....


Hari Raya Puasa Aidil Fitri

Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia.



Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.



Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.



Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.



Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.



Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin. Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar yang mampu.



Pada zaman nabi, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.

Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W.



"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."

(Riwayat Muslim.)

Info Aidil Fitri ...

Hari Raya Aidilfitri (عيد الفطر) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya antara terbenam matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya bermula pada pagi 1 Syawal.

Simbol

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.

Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.

• 2007: 13 Oktober

• 2008: 2 Oktober

• 2009: 21 September

• 2010: 10 September

• 2011: 31 Ogos

• 2012: 19 Ogos

• 2013: 8 Ogos

• 2014: 28 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.



Ahlan Ya Ramadhan ...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saudara-saudara sesama Muslim,

Ibadat kedua yang diwajibkan kepada anda oleh Allah ialah puasa. Puasa bererti berhenti dari makan, minum dan hubungan seks pada waktu siang hari. Sebagaimana halnya solat, ibadat ini juga diwajibkan dalam syari'ah kepada semua rasul-rasul. Semua ummat yang telah lalu juga berpuasa seperti halnya ummat Muhammad saw.

Tetapi mengenai peraturan-peraturan dalam menjalankannya, jumlah dan jangka masa untuk berpuasa terdapat perbezaan di antara berbagai syari'ah. Bahkan sampai hari ini, kita lihat bahawa puasa tetap dilaksanakan dalam kebanyakan agama dalam suatu bentuk, walaupun para penganutnya telah mengubah bentuknya dengan menambahnya dengan hal-hal ciptaan mereka sendiri. Dalam al-Qur'an telah dinyatakan:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".

(Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:183)

Dari ayat ini jelas bahawa semua syari'ah yang dikirimkan oleh Allah tidaklah kosong dari kewajipan ibadat puasa ini.






MENGAPA PUASA DIWAJIBKAN?

Marilah kita renungkan apakah kepentingan puasa, hingga Allah mewajibkannya kepada setiap ummat di setiap masa:

1. Tujuan penghambaan seumur hidup kepada Allah

Sudah berkali-kali saya terangkan kepada anda bahawa tujuan Islam yang sebenamya adalah menjadikan seluruh kehidupan manusia menjadi ibadat kepada Allah. Manusia dilahirkan sebagai budak Tuhan, dan perbudakan, yakni penghambaan kepada Tuhan, telah terkandung dalam wataknya yang asli. Kerana itu, manusia tidak boleh bebas sedikit pun dari 'ibadat, penghambaan kepada Tuhan dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Dalam setiap tingkah laku hidupnya manusia harus memeriksa jalan mana yang harus ditempuhnya untuk memperolehi redha Tuhan, dan jalan mana yang harus dijauhinya agar tidak terkena murka dan kutukanNya. Dengan demikian, prinsip yang harus dipegang oleh seorang Muslim adalah mengikuti jalan yang menuju redha Allah dan menjauhi jalan yang menuju kemurkaanNya. Seorang Muslim haruslah menempuh cara yang disetujui Allah dan menjauhi cara-cara yang tidak diperkenankanNya. Apabila seluruh hidupnya teiah diwarnai dengan warna yang demikian, barulah ia dianggap telah melaksanakan kewajipan penghambaannya kepada Junjungannya dan memenuhi tujuan yang terkandung dalam ayat,



"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". (Al-Qur'an, adz-Dzariyat,51:56)

2. 'Ibadat: latihan penghambaan

Saya telah menyatakan hal ini sebelumnya, bahawa tujuan yang sebenarnya dari kewajipan-kewajipan agama, seperti solat, haji, puasa, dan zakat yang telah diwajibkan kepada kita, adalah untuk melatih kita untuk menjalankan 'ibadat yang besar. Bahawa pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah wajib, tidak bererti — apabila anda telah mengerjakan ruku’ dan sujud lima kali sehari, telah menanggung lapar dan haus dari fajar hingga matahari terbenam selama tiga puluh hari di bulan Ramadhan, dan, bila anda kaya, telah memberikan zakat dan menunaikan haji sekali dalam hidup — anda telah selesai menunaikan kewajipan anda kepada Allah.



Dan juga tidak bererti bahawa setelah melakukan itu semua anda lalu bebas dari penghambaan kepada Allah dan boleh berbuat apa sahaja yang anda sukai. Padahal, sesungguhnya tujuan yang dasar diwajibkannya kewajipan-kewajipan agama tersebut adalah untuk melatih anda dengan cara yang sedemikian rupa, agar kelak anda mampu mengubah seluruh hidup anda menjadi suatu "ibadat" yang tetap teratur kepada Allah. Nah, marilah sekarang, dengan mengingati tujuan ini, kita lihat bagaiman puasa mempersiapkan manusia untuk melaksanakan "ibadat" yang full-time ini.

3. Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"


Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan.


Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak.


Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.


4. Puasa: Tanda kekuatan iman

Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun.


Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya!

Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya! Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.

5. Latihan terus-menerus sebulan penuh


Dengan cara begini, Allah menguji iman seorang Muslim selama sebulan penuh, dalam satu tahun, dan bila ia lulus dalam ujian ini, maka imannya akan menjadi lebih kuat. Jadi, puasa adalah sekaligus cubaan dan latihan. Apabila anda mempercayakan sesuatu kepada seseorang, maka seolah-olah anda menguji kejujurannya. Apabila ia terbukti lulus dalam ujiannya dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya, maka kekuatannya untuk menanggung beban amanat akan menjadi lebih kuat, dan ia akan menjadi lebih layak untuk memikul amanat.


Sama halnya, Allah menguji iman anda dengan ujian yang keras selama satu bulan penuh, dua belas jam atau empat belas jam dalam sehari. Dan bila anda lulus dalam ujian ini, maka dalam diri anda akan tumbuh dan berkembang kemampuan untuk menahan diri dari dosa-dosa lain, kerana takut kepada Allah.


Kerana itu, dengan menyedari bahawa Allah Maha Mengetahui akan hal-hal yang tersembunyi, haruslah anda menahan diri untuk tidak melanggar hukumNya, walaupun dengan cara rahsia; dan dalam setiap kesempatan anda harus selalu ingat akan suatu hari di mana segala rahsia akan dibongkarkan, dan semua orang akan dibalas kebaikan dan kejahatannya, tanpa memandang siapa dia. Inilah makna ayat:


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
(Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:183)


6. Latihan kepatuhan yang lama


Selanjutnya masih ada kekhususan lain dari puasa. Puasa memaksa seseorang untuk mematuhi perintah syari'ah secara terus menerus, tanpa berhenti, dalam jangka waktu yang lama. Lamanya waktu untuk mengerjakan solat hanyalah berlangsung beberapa minit sahaja. Waktu membayar zakat hanyalah sekali dalam setahun. Haji memang memerlukan waktu yang lama, tetapi hal itu hanya diwajibkan satu kali dalam seumur hidup, dan juga hanya bagi orang-orang yang kaya sahaja.


Tetapi puasa berbeza dengan itu semua, kerana, puasa adalah suatu latihan untuk mengikuti syari'at Muhammad dalam waktu satu bulan penuh dalam setahun, siang malam. Anda harus bangun pagi-pagi sebelum fajar untuk makan sahur, berhenti makan dan minum tepat pada waktu yang tertentu, mengerjakan dan tidak mengerjakan pekerjaan ini dan itu selama siang hari, berbuka pada petang hari tepat pada waktu yang tertentu, lalu makan dan istirehat sebentar, terus cepat-cepat bergegas untuk solat tarawih.


Dengan cara begini, setiap tahun dalam waktu satu bulan penuh, dari pagi sampai petang hari, dan dari petang hari sampai pagi, seorang Muslim diikat terus-menerus dengan peraturan-peraturan seperti seorang tentera dalam jawatan ketenteraan, kemudian setelah itu ia dilepaskan selama sebelas bulan untuk melaksanakan dan menunjukkan hasil-hasil yang diperolehinya selama latihan tersebut, dan bila temyata ada kekurangan dalam hasil latihannya itu, hal itu akan dapat dihilangkan dalam latihan tahun depannya.


7. Situasi persekitaran yang sangat menunjang untuk latihan


Latihan semacam ini tidaklah akan efektif bila dilakukan terhadap individu-individu secara terpisah-pisah. Dalam ketenteraan, anda lihat bahawa perbarisan tidaklah dikerjakan sendiri-sendiri oleh perajurit. Seluruh perajurit harus bangkit di saat trompet dibunyikan agar mereka terbiasa bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan latihan. Apa yang kurang pada diri seorang perajurit dapat dibantu oleh perajurit yang lain. Sama halya, bulan Ramadhan telah dijadikan waktu berpuasa dan semua orang Islam telah diperintah untuk berpuasa bersama-sama.


Perintah ini telah mengubah ibadat individual menjadi ibadat yang kolektif. Sebagaimana halnya satu, bila didarab dengan sepuluh ribu maka hasilnya akan menjadi sepuluh ribu, demikian pula keuntungan moral dan spiritual dari puasa, yang dilakukan satu orang, akan menjadi sejuta kali ganda bila puasa itu dilakukan oleh sejuta orang bersama-sama. Bulan Ramadhan mengisi seluruh suasana dengan semangat kesalehan dan kebajikan. Di dalam lingkungan seluruh bangsa, kesalehan tumbuh dengan subur.


Setiap orang tidak hanya mencuba untuk menghindari dosa, tapi juga berusaha membantu saudara-saudaranya yang menemui kesulitan dalam menjalankan puasanya. Setiap orang merasa malu untuk berbuat dosa dalam. berpuasa, sebaliknya semuanya terdorong untuk berbuat sesuatu kebaikan, untuk memberi makan kepada orang miskin, untuk memberi pakaian kepada yang tidak mempunyai pakaian, untuk menolong orang yang sengsara, untuk ikut serta dalam kebaikan-kebaikan yang dilakukan di mana sahaja, dan mencegah kejahatan yang dilakukan dengan terang-terangan.


Suasana kebaikan dan kesalehan yang menyeluruh tercipta dan musim berkembangnya kegiatan bermanfaat pun datanglah, sebagaimana anda lihat pada setiap tanaman, yang tumbuh dengan suburnya di setiap puncak musimnya dan menutupi seluruh kebun dengan kelebatan dan kerimbunannya.


Kerana alasan inilah Rasulullah saw mengatakan bahawa:


"Setiap perbuatan manusia memperolehi pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik, diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda”.


Tetapi Allah mengatakan:


"Puasa itu khusus bagiKu, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki."


Dari hadis ini, kita ketahui bahawa semua perbuatan baik, berkembang pahalanya menurut nisbah niat serta manfaat yang dihasilkannya, tetapi semua perbuatan itu mempunyai batas pahalanya. Akan tetapi dalam hal puasa, perkembangannya tidak terbatas. Bulan Ramadhan adalah musim bagi berkembang suburnya kebaikan dan kesalehan, dan dalam musim ini tidak hanya satu, Tetapi puluhan ribu bahkan puluhan juta orang bersama-sama menyirami kebun kebajikan ini, dan kerananya kebajikan boleh berkembang tidak terbatas.


Semakin banyak anda .mengerjakan perbuatan baik dengan niat yang ikhlas di dalam bulan ini, semakin besar pula berkah yang akan anda perolehi, dan meratakan berkahnya kepada saudara-saudara anda yang lain. Dan bila anda memelihara kesan-kesan bulan puasa ini selama sebelas bulan berikutnya, maka kebun kebajikan itu pun akan terus berkembang selama itu pula, dan proses perkembangan ini akan terus berlanjut tidak terbatas. Adalah salah anda sendiri, bila anda membatasinya dengan menghentikan perbuatan baik anda.


DI MANA HASIL IBADAT ITU SEKARANG?

Mendengar uraian tentang hasil-hasil puasa tersebut di atas tadi, anda tentu akan bertanya-tanya: "Di mana hasil puasa itu sekarang? Kita berpuasa, solat serta berdoa, Tetapi hasil yang anda ceritakan tadi tidaklah nampak! Saya sudah mengatakan kepada anda, sebab dari situasi ini, yakni setelah melepaskan komponen-komponen Islam satu dari yang lain, dan menggantinya dengan hal-hal yang baru dan asing bagi Islam, maka anda tidak akan boleh mengharapkan dapat memetik hasil-hasil itu, seperti apabila keseluruhan sistem Islam itu masih utuh dan belum cacat.


Di samping itu, sebab-yang kedua adalah kerana pandangan anda tentang "ibadat" telah berubah. Sekarang anda .meyakini bahawa semata-mata menahan diri dari makan dan minum, dari pagi hingga petang, adalah "ibadat", dan kerananya anda lalu beribadat dengan fikiran dan cara yang demikian pula, anda juga hanya memandang bentuk luar dari berbagai macam penyembahan sebagai "ibadat", dan 99% atau bahkan lebih di antara anda tidak sedar akan ruh "ibadat" yang seharusnya menjiwai setiap tindakan dan perbuatan anda. Itulah sebabnya mengapa ibadat-ibadat yang anda laksanakan itu tidak menghasilkan manfaat yang sepenuhnya, kerana sebenarnya dalam Islam segala sesuatu adalah tergantung pada niat, pemahaman dan wawasan (perception). Insya Allah, dalam khutbah saya yang akan datang, saya akan menjelaskan masalah ini sepenuhnya.
Petikan daripada Buku Dasar-dasar Islam oleh Al-Maududi

:: Bahan Tarbiyyah Online :: Mendidik Jiwa Muslim