Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya
mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan
rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dang baca dengan teliti
semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila
betulkan saya.
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan
jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah
dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan
rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan
yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh
nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi
bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki
atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah
seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan
yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau
perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan
Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu
juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri
dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam
hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah
tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam
percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga
menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh
mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah
al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk
dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara
dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd
mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk
melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat
mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan
di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung
seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari
pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu
tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika
mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula
pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.
Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu
yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik
Sumber : Fwd mail