Allah SWT berfirman;
" Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang
tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. "
Q.S Al-Israa' : 79
Firman Allah ini merupakan salah satu dasar disyariatkannya sholat Tahajud. Dengan
begitu, sholat Tahajud amat digalakkan dalam Islam. Bahkan, sholat Tahajud menduduki
posisi kedua setelah sholat wajib.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW;
" Sholat yang manakah yang paling utama setelah sholat wajib? "
Rasulullah SAW menjawab;
" Sholat Tahajud! "
HR Muslim
Tahajud sendiri ertinya bangun dari tidur. Dengan demikian, sholat Tahajud adalah sholat
yang dikerjakan di malam hari dan dilaksanakan setelah tidur terlebih dahulu, walaupun
tidurnya hanya sebentar. Sholat Tahajud yang dilakukan di tengah malam, di mana
kebanyakan manusia terlelap dalam tidurnya dan berbagai aktiviti kehidupan berhenti,
serta suasana begitu hening, sunyi, tenang dan ianya akan menunjang konsentrasi
seseorang yang akan mendekatkan diri ( taqarrub ) kepada Allah SWT. Di samping
keadaan luaran ini, juga terdapat keadaan dalaman, iaitu sebuah perasaan ketenangan
batin yang dirasakan manusia yang melakukan shoalat Tahajud.
Ketenangan dan ketenteraman yang diperolehi oleh seseorang yang melakukan sholat
Tahajud memiliki nilai spiritual yang sangat tinggi. Sebab, dalam sholat Tahajud terdapat
dimensi zikrullah ( mengingat Allah ). Ini sebagaimana firman Allah SWT;
" ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. "
Q.S Ar-Ra'd : 28
Sehingga, dalam perkara ini terdapat rumusan hukum imbasan atau sebab akibat. Yakni, bila kita ingin mendapatkan rasa tenang dan tenteram, maka berdekat-dekatlah kepada Dia Yang Maha Tenang dan Maha Tenteram, agar sifat-sifat itu mengimbas kepada kita.
Dengan demikian, sholat Tahajud yang dikerjakan dengan ikhlas akan mampu mengurangi beban kejiwaan yang sedang menyelimuti seseorang. Allah SWT berfirman;
" Wahai orang yang berselimut!.
Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa ( yang tak
dapat tidak untuk berehat ), "
Q.S Al-Muzzammil : 1 - 2
Kata berselimut dalam ayat di atas secara kontekstual dapat diertikan dengan orang yang sedang dirundung masalah, kegelisahan, kecemasan, kekhuatiran, atau ketakutan kerana menghadapi berbagai kemungkinan yang menimpanya. Sebab; ayat tadi turun setelah Rasulullah SAW mulai mendapat ejekan dan ancaman dari kaum Quraisy.
Sholat Tahajud merupakan keperluanan dalam menghadapi problema kehidupan. Rasulullah SAW bersabda;
" Kalian harus mengerjakan sholat malam, sebab itu kebiasaan orang-orang sholeh
sebelummu, jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, penebus dosa dan keburukan,
serta penangkal penyakit dari badan. "
HR Tirmidzi
Wallahua'lam Bishshawab.