Putera Puteriku sayang dengarkanlah……
Puteraku Puteriku sayang
Tiada longgokan permata
Yang dapat ayahndabonda wasiatkan
Cuma satu pesanan
Semaikan kesabaran dihati anaknda
Kerana….
Kelak ia menjadi titi kebahagiaan
Dunia akhirat
Puteraku Puteriku sayang
Ingatlah pesan ayahndabonda
Jadilah insan berguna dan bertakwa
Jadilah insan berbudi dan berbahasa
Kerana kelak….
Anaknda akan disukai orang
Melebihi sukanya kepada semua barang
Puteraku Puteriku sayang
Hadirmu cukup membahagiakan
Harapan ayahndabonda
Kebahagiaan ini kan berkekalan
Untuk hari ini esok dan selamanya
Ilham rasa,
-Zana-
No comments:
Post a Comment