PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Monday, May 30, 2005

SIFAT YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA BAGI LELAKI

Menurut saidina Ali r.a. pula :

Terdapat tiga sifat yang tidak baik seandainya ada pada seorang lelaki, tetapi ia adalah paling baik seandainya ada pada seorang perempuan, iaitu:

1. Bakhil atau kedekut, kerana apabila seorangperempuan bersifat demikian akan terpeliharalah hartasuaminya .

2. Membesar diri, kerana apabila seorang perempuan itumembesar diri maka dia tidak akan bercakap-cakapdengan seseorang menggunakan kata-kata yang lemah lembut.Dengan ini terpeliharalah perasaan cemburu suaminya.

3. Penakut, kerana apabila seorang perempuan itu bersifat penakut maka dia tidak akan keluar dari rumahnya. Dengan ini sifat cemburu suaminya dapat dikawal.

Monday, May 23, 2005

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya,

"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Pahitnya mata dunia kerana manisnya syurga Tuhan

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan.Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmindalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".
Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat{bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda- "Hak itu berat dan pahitsedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda- "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya(mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia)kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah sekali kali wibawa manusia itumelarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malamsebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmuseperti saorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab- "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata- "Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap bayak Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir islam- "Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendahbolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.
Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasehi.. saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".
Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.
Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".
Ambillah hikmah dimanapun ia berada. Adakalanya hikmahbersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".
Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.

KITA DAPAT MENGUBATI PENYAKIT FIZIK DENGAN"Kegagalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih cergas""Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain""Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.

Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.


Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.


Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah dan lembab .tidak disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah yang subur.


Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.


Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai nikmatnya.
Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.

Thursday, May 19, 2005

Rasulullah terima al-Quran pelbagai cara

Saturday, October 30, 2004


Erti kata ‘Quran’ menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr Subhi Al Salih adalah ‘bacaan’, asal kata qara’a.Kata al-Quran itu berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iaitu maqru’ (dibaca).
Dalam al-Quran sendiri ada pemakaian kata ‘Quran’ dalam erti sedemikian seperti yang disebut dalam ayat 17 dan 18, surah al-Qiyaamah yang bermaksud: “Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dada kamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya.”


Kemudian dipakai kata ‘Quran’ itu untuk al-Quran yang dikenali sekarang ini.
Ada pun definisi al-Quran ialah ‘Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw dan yang ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir dan membacanya adalah ibadat.’
Dengan definisi itu, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi selain Nabi Muhammad tidak dinamakan al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa atau Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa.

Demikian pula dengan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadat seperti hadis Qudsi, tidak pula dinamakan al-Quran.
Nabi Muhammad dalam menerima wahyu mengalami pelbagai cara dan keadaan. Antaranya:-

Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hati Baginda.
Dalam hal ini, Nabi tidak melihat sesuatu apa pun, hanya berasa bahawa ia sudah berada saja dalam kalbunya.
Mengenai hal ini, Nabi bersabda: “Allah mewahyukan ke dalam kalbuku.” (Lihat ayat 51, surah Asy Syura);

Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya hingga Baginda mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu;

Wahyu datang kepadanya seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi.
Kadang-kadang pada keningnya, terpancar keringat, meskipun turunnya wahyu itu pada musim dingin.
Kadang-kadang unta Baginda terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun ketika baginda sedang menunggang unta.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit yang bermaksud: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata.

Kemudian selepas selesai turunnya wahyu, barulah Baginda kembali seperti biasa.”; dan
Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki seperti biasa, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli.
Hal ini disebut dalam al-Quran ayat 13 dan 14, surah an-Najm yang bermaksud: “Sesungguhnya Muhammad melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha.”

Kesahihan kitab suci dipeliharaAllah menurunkan al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup pada akhir zaman hingga ke hari kiamat. Al-Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Rasulullah saw sebagai utusan Allah kepada umat manusia dalam menyampaikan ajaran dan hukum-Nya.
Rasulullah telah menyempurnakan tugasnya sebagai penyampai risalah Allah dengan mengajarkan al-Quran kepada sahabat dan mewariskan mereka dengan al-Quran itu dalam dada dan amalan mereka.

Sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan al-Quran kepada para tabi`ien selepas mereka. Kemudian mewariskan kepada kita al-Quran dalam bentuk tulisan untuk menjaganya daripada terus luput daripada dada umat Islam.

Al-Quran walaupun disusun dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman, beliau tidak mengabaikan sunnah penyampaian al-Quran itu sendiri yang mestilah diwarisi terus dari mulut ke mulut.

Dalam menjaga kesahihan bacaan al-Quran ini, Mushaf al-Quran yang berjumlah enam atau tujuh naskhah pada permulaannya itu, telah dikirimkan bersama guru untuk mengajarkan bacaannya ke negeri umat Islam pada masa itu.
Begitulah berkembangnya penyampaian al-Quran yang diwarisi dari generasi ke generasi hingga hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran asas keimananAllah memuliakan Ramadan melebihi bulan lain, dengan memilih suatu malam yang penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa yang paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran. Selain al-Quran, beberapa kitab suci lain diturunkan Allah pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim yang diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ke-13 Ramadan. Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini. Dimaksudkan dengan penurunan al-Quran pada Ramadan ialah penurunan dari Lawh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan (jumlatan wahidatan), kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw selama 23 tahun. Ini berdasarkan firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam penuh berkat.” – (Surah al-Dukhan ayat 3) Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan.” – (Surah al-Qadr ayat 1) Firman-Nya bermaksud: “Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Maksud ketiga-tiga ayat di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan pada suatu malam yang penuh keberkatan, iaitu dinamakan dengan Lailatul Qadr, salah satu malam dalam bulan Ramadan. Ayat ini juga menunjukkan cara penurunan al-Quran pada kali pertama adalah secara keseluruhan. Sekiranya dimaksudkan dengan penurunan dalam ketiga-ketiga ayat di atas adalah penurunan peringkat kedua, iaitu secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad, tentu tidak tepat dikatakan satu malam dan satu bulan iaitu, bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran diturunkan dalam jangka masa yang lama, iaitu selama 23 tahun. Ia bukan saja diturunkan pada Ramadan, malah bulan lain. Maka nyatalah bahawa yang dimaksudkan oleh ayat itu tahap penurunan yang awal. Peristiwa Nuzul al-Quran ini seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah.Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah (agama) Islam.” – (Surah Ali Imran, ayat 13) Melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah. Sungguh banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis Nabi bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman. Lebih-lebih lagi jika kita ingin mencapai darjat muttaqin, iaitu orang bertakwa. Allah berfirman bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 2) Jadi al-Quran diturunkan oleh Allah ke muka bumi ini bukanlah semata-mata untuk dibaca atau dilagukan saja, tetapi yang lebih utama bagi dijadikan panduan atau pedoman hidup. Itulah sebab al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Dijadikan iman untuk diikuti.” Al-Quran memiliki beberapa nama yang menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Di antara namanya ialah al-Nur (cahaya yang menerangi), al-Furqan (yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil), al-Zikr (yang memberi peringatan) dan al-Quran (kitab bacaan). Kalau kita gemar membaca al-Quran, maka kegemaran itu sangat baik dan wajar diteruskan. Ini bersesuaian dengan makna al-Quran adalah kitab bacaan. Tetapi bagaimana seharusnya sikap kita, agar al-Quran boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza di antara hak dan batil serta memberi peringatan? Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya. Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya. Semua kehendak Allah tercatat dalam al-Quran. Pelbagai hukum dan undang-undang hidup terkandung dalam al-Quran. Jika diikuti dengan baik, nescaya umat manusia bukan saja akan mendapat kebahagiaan di dunia, malah akhirat. Oleh itu, adalah wajib ke atas setiap umat Islam memahami isi kandungan al-Quran. Kaedah Usul al-Fiqh menyebut sesuatu yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya, maka ia juga wajib. Bagi menjelaskan maksud kaedah fiqh di atas, misalnya solat, kewajipannya tidak akan sempurna melainkan dengan berwuduk terlebih dulu. Maka hukum berwuduk ketika itu adalah wajib juga. Demikianlah juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami kehendak-Nya. Sedangkan semua kehendak Allah terkandung dalam al-Quran. Oleh itu berusaha memahami isi kandungan al-Quran hukumnya adalah wajib.

Jika segala kehendak Allah yang terkandung dalam al-Quran diikuti dengan baik, nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat. Maka tidak hairanlah syaitan sangat benci kepada orang yang membaca al-Quran, apa tah lagi jika mereka berusaha pula untuk memahami dan mengamalkannya. Barang kali inilah rahsia mengapa Allah menyuruh kita membaca lafaz al-Isti'azah (memohon perlindungan Allah dari syaitan) sebelum membaca al-Quran. Firman Allah bermaksud: “Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam.” (Surah al-Nahl ayat 98). Rasulullah saw pernah ditanya maksud sirat al-Mustaqim (jalan yang lurus) yang sering dipohon dalam setiap solat. Baginda saw menjawab al-Quran. Oleh sebab itu, syaitan menginginkan agar kita tidak berada di atas jalan lurus, kerana jalan yang lurus akan membawa ke syurga. Syaitan pula amat menginginkan kita memasuki neraka bersamanya.

Syaitan maknanya jauh dari kebenaran, sedangkan al-Quran pula bermakna kebenaran. Itulah sebabnya syaitan berusaha keras melalaikan manusia daripada al-Quran kerana tidak senang melihat anak cucu Adam berada di atas kebenaran. Allah berfirman bermaksud: “Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad saw), adalah datangnya daripada Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu.” – (Surah al-Baqarah ayat 147) Berdasarkan penjelasan dan huraian di atas, penurunan al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Maka semua umat Islam wajib beriman kepada al-Quran membacanya, memahami dan mengamalkannya.

-Petikan Berita Harian-

Wednesday, May 18, 2005

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN :i)Menghadap Kiblatii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Tuesday, May 17, 2005

Pesanan Untuk Wanita & Lelaki

Wanita.....
Akal senipis rambut, tebalkan dengan ilmu Hati serapuh kaca, kuatkan dengan ImanPerasaan selembut sutera, hiasi dengan akhlak

LelaKi....
Jangan harapkan ketaatan wanita, tetapi binalah kepimpinan Jinakkan diri dengan Allah, akan jinaklah segala pimpinanJangan mengharap isteri sebaik Siti Fatimah kalau peribadi belum sehebat Saidina Ali

Monday, May 16, 2005

................kata2 hikmah ..............

SAYIDINA ABU BAKAR
1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub krn suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kpd para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, ttp aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kpdku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku ttp kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia- sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat.
2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat.

IMAM AS SYAFIE :
1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK :
1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH :
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak kudapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD : Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.

SUFFIAN BIN UYAINAH :
1. Dua perkara yg susah sekali utk mengobatinya yaitu meninggalkan loba (tamak) utk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5. Org yg menuntut ilmu tidak akan dianggap sbg org yg berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

Perihal Sahabat..

Syarat2 bersahabat dalam Islam dan ciri2 sahabat sejati...jom jenguk,dan amalkanlah dalam melayari keindahan persahabatan sesama kita ... (^_^)

1.BERAKAL Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya.

2. BERAKHLAK MULIA "Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut”-Saidina Ali.K.W“Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu”

3. BAIK HATI Sahabat yang sejati , hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkan kebaikkan.

4. ZUHUD Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengigati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia.

5. BENAR Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka yang tak baik dan tidak mengkhianati temannya.

Sifat2 Sahabat yang baik :

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

Oleh yang demikian,maka ketahuilah kita syarat2 bersahabat dan bagaimana mencari sahabat yang betul2 dikatakan sahabat.

Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi,“ seseorang adalah dalam agama kekasihnya, maka hendaklah dilihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan kekasih (teman)”yang terakhir,

antara hak2 sahabat ialah:

“ Dua orang yang bersahabat dari kedua-duanya, maka yang lebih mencintai dan setia terhadap sahabatnya, itulah yang dicintai oleh Allah”.

semoga sama2lah kita insan yang dhaif lagi alpha tentang kewajipan dan tanggungjawab bersahabat dapat menjadi sahabat yang benar2 sahabat...

Hakikatnya . . .

Setiap insan yang dilahirkan dikurniakan dengan keunikan masing-masing. Setiap insan juga mempunyai tujuan kewujudan masing-masing di dunia ini, dan salah satu tujuan itu, adalah untuk mengingatkan diri sendiri, betapa murninya hidup ini. Setiap kelemahan adalah tunggak kelebihan, dan setiap kelebihan, pasti ada kelemahan. Yang penting, adalah bagaimana seseorang itu menerima kelebihan itu, tanpa melihat kepada kelemahan yang datang bersama.

Wednesday, May 11, 2005

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!