PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Monday, May 17, 2010

ADAKAH AMALAN KITA SUDAH TERBALIK ?

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentang dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1)Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga semati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan meraka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk yang datang membaca tahlil. Tidakkah meraka yang hadir makan kenduri tersebut di khuatiri kalau-kalau meraka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh semati atau harta peninggalan semati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2)Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3)Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila kita mengadap Allah baik dirumah maupun di masjid, pakaian kita lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini sesuatu perbuatan yang terbalik?


4)Kalau menjadi tetamu dirumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5)Kalau bersolat sunat dimasjid amat rajin, tapi kalau dirumah, sangat malas. Sedangkan sebaik baik solat sunat, banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk kita mengelakkan rasa riak.


6)Bulan puasa adalah bulan memdidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah lebih tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankan terbalik amalan kita?


7)Kalau nak mengerjakan Haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari musafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak musafir, maka dibuat kenduri. Bukan kan amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain?


8)Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak meraka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Al Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak kita tak dapat bacan Al Quran atau bersolat.


9)Kalau bekerja mengejar rezeki tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau rebut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak rebut pun tetap tak datang kemasjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah Nya segan dan malas.


10)Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk dirumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenarnya bukan yang diubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

No comments: