PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Thursday, March 17, 2011

EMOSI DAN PENYAKIT

Maklumat berikut diperolehi semasa menghadiri ceramah PROF. DR. SIR  MUGENI SAMERIN salah seorang ahli lembaga pengarah Sureco yang merupakan pakar perubatan rawatan alternatif.

PERKARA BERIKUT ADALAH HASIL PEMERHATIAN YANG MENGAMBIL MASA BERABAD LAMANYA UNTUK DI KENALPASTI, DIKUTIP DAN DIAMBIL DARI BERBAGAI-BAGAI SUMBER. TIADA KAJIAN SAINTIFIK UNTUK PERKARA BERIKUT.

Emosi rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita...
Kondem Orang
-->Pengerasan ateri dan sakit tekak
Domineering, menguasai, & menganiaya
-->Sakit belakang
Cynical, sindiran
-->Bongkok
Menahan marah, memendam rasa
-->Sakit semua bahagian belakang
Menanggung masalah sendiri / orang lain
-->Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, cemburu, kebencian
-->Kanser
Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu
-->Sembelit
Menyampah kepada seseorang
-->Batuk
Jaga tepi kain orang
-->Sinus (Resdung)
Komplen
-->Organ seks
Dendam
-->Gastrik
Kerakusan kasih
-->Jantung dan paru-paru
Minda yang tiada tolak ansur
-->Sakit sendi
Memendam emosi
-->Sakit pinggang
Kekesalan
-->Hati (liver)
Ketegangan emosi
-->Tengkuk tegang
Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan
-->Pankreas

KESIMPULANNYA

Sebagai manusia kita tak dapat lari daripada mengalami satu atau semua keadaan emosi di atas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. 


Waallahu'alam.

HAK KEDUA IBU BAPA

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha' berkata: "Nabi Musa a.s. berdoa: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.: "Aku wasiat supaya tetap dengan Aku." Nabi Musa a.s. berkata lagi: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.: "Aku pesan kepadamu, taatlah kepada ibumu." Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Jawab Allah s.w.t.: Aku pesan supaya taat kepada ibumu." Musa a.s. berkata: "Wasiat kepadaku." Allah s.w.t. berfirman: Aku wasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu."
 Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Andaikan ada khalimah yang lebih ringan dari kata UF (cih) untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang tua nescaya akan dilarang oleh Allah s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka."
Abul-Laits berkata: "Andaikan Allah s.w.t. tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."
Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak menerima yang satu tanpa gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):
Aqimusholata wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Athi'u Allaha waathi'urRasul (Yang bermaksud) Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t. jika tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.
An usykur li walidaika (Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t. dan tidak syukur kepada kedua orang tua tidak diterima.
Dan dalilnya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kutukan kedua orang tua itu memutuskan asal anak itu jika anak itu durhakai keduanya. Maka siapa merelakan kedua ayah bondanya bererti telah merelakan Tuhannya dan siapa mendapatkan kedua ayah bondanya atau salah satunya, lalu tidak taat kepada keduanya sehingga masuk neraka bererti telah dijauhkan oleh Allah s.w.t."  
Dan ketika Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah amal yang utama?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah."
Farqad Assinji berkata saya telah membaca didalam kitab: "Bahawa anak tidak boleh dibicarakan dimuka orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh jalan dimukanya atau dikanan kirinya kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut dan harus berjalan dibelakang keduanya sebagaimana hamba sahaya dibelakang majikannya."
Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga mewudhu'kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalanmu yang sedikit."
 Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: "Terulis didalam hikmat: "Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya, mal'un (terkutuk) siapa yang merintangi agama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan, terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain nama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda dijalan bumi ini atau batas-batas tanah."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya." Ketika ditanya: "Bagaimanakah seorang memaki ayah ibunya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau memaki ibunya, maka dibalas dimaki ibunya."
Abban dari Anas r.a. berkata: "Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah s.a.w. Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w. dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w.,  dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w. akan datang kesini." Jawab ibu Alqomah: "Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w. Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?" Jawab ibu Alqomah: "Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Jawab ibu Alqomah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqomah: "Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya kepadaku dan menentangku."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima hatiku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: " "Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka kepadanya." Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya."
Maka langsung Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucap Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w. dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: "Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini." Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w. berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t. dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."
Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wa qodho rabbuka alla ta buda illa iyyaahu, wabil walidaini ihsana, imma yablughanna indakal kibara ahaduhuma au kilahuma fala taqul lahuma uf wala tanharhuma waqul lahuma qoulan karima. (Surah Al Isra ayat 23) (Yang bermaksud) Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan) selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan sikat atau sikap jemu atau berkata: Cih, kepada keduanya, umpama jika kau samapi membuang kencing atau najis ibu atau bapa, maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu dimasa kecilmu, dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut, sopan santun, ramah tamah dan hormat.
Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wakh fidh lahuma janahadzdzulli minarrahmati, waqul Robbir hamhuma kama robbayani shorghira. (Surah Al Isra ayat 24) (Yang bermaksud) Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya: "Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.
Mengenai kewajipan terhadap keduanya dimasa hidup hingga mati, dengan selalu mendoakan untuk keduanya sesudah matinya. Seorang ulama tabi'in berkata: "Siapa yang mendoakan kedua ibu bapanya tiap hari lima kali bererti telah menunaikan kewajipabnya terhadap kedua ibu bapanya." Sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "An usy kurli wali walidaika, ilayyal mashir." (Yang bermaksud): "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepadaKu kau akan kembali.
Bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan sembahyang lima waktu tiap hari, maka syukur terhadap ibu bapa juga harus lima kali tiap hari. Firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): " Robbukum a'lamu bima fi nufusikum in takunu shalihina fa innahu kana lil awwabina ghafura. (Yang bermaksud): "Tuhanmu lebih mengetahui apa yang didalam hatimu, jika kamu benar-benar baik (solih) maka sesungguhnya Tuhan itu terhadap orang yang salah lalu kembali taubat, ia maha penganmpun. (Surah Ali-Isra ayat 25)
Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
1) Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
2) Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
3) Jika berhajat bantuan harus dibantu
4) Menyambut panggilannya
5) Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
6) Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
7) Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
8) Jika berjalan harus dibelakangnya
9) Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
10) Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.
Seorang sahabat berkata: "Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak." "Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?" beliau ditanya. Jawabnya: " Ya, dengan tiga macam iaitu:
- Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
- Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
- Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.           
Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:
- Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)
- Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)
- Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya                  
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad s.a.w.: "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."

Derhaka kepada anak

Perbuatan anak menderhaka ibu bapa sering diperkatakan dalam kehidupan kita. Dalam ajaran Islam, perbuatan ini dianggap dosa besar yang sangat ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan, anak akan mendapat balasan buruk, sama ada di dunia mahupun akhirat. Masyarakat membenci dan memandang hina kepada perbuatan anak menderhaka kepada ibu bapanya.

Bagaimana pula fahaman masyarakat terhadap amalan yang sebaliknya iaitu perbuatan ibu bapa menderhaka kepada anak-anak mereka? Adakah amalan ini berlaku? Jika berlaku, bagaimana tanggapan mereka kepada perkara ini?

  Pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Khalifah Umar bin Al-Khattab bagi membuat aduan mengenai perilaku anaknya yang menderhaka kepadanya. Khalifah Umar mendengar dengan teliti aduan yang dibuat, kemudian meminta lelaki itu membawa anaknya datang berjumpa dengannya.

  Setelah anak lelaki itu sampai, Umar Al-Khattab berjumpa dengan anak lelaki berkenaan. Umar menasihatinya agar dia tidak lagi mengulangi perbuatan menderhaka kepada ibu bapanya. Umar juga menyuruh agar dia sentiasa menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Selepas selesai Saidina Umar memberi nasihat kepada anak lelaki tadi, anak ini meminta kebenaran untuk bertanya beberapa soalan kepada Saidina Umar. Saidina Umar melayani kemahuan anak lelaki itu.

  "Tuan, bukankah anak-anak juga mempunyai hak-haknya daripada ayah mereka." Tanya si anak. "Ya, sudah tentu." Jawab Saidina Umar. Si anak bertanya : "Apakah hak-hak itu, tuan?" Saidina Umar menjelaskan : "Hak si bapa memilih siapa yang menjadi ibu kepada anak-anaknya, hak memberikan nama yang baik kepada anak-anak dan hak mengajar membaca al-Quran kepada anak-anak."

  Apabila mendengar penjelasan Saidina Umar itu, si anak lelaki tadi mengadu kepada Saidina Umar : "Tuan, ayah saya belum pernah melaksanakan satu pun daripada semua hak tersebut. Ibu saya berbangsa Ethopia, janda kepada seorang yang beragama Majusi. Mereka menamakan saya dengan nama 'Si Kumbang Kelapa' dan tidak pernah mengajar kepada saya membaca al-Quran."

  Mendengar kata-kata si anak, Saidina Umar mengalih pandangannya kepada si ayah. Terus Saidina Umar berkata: "Saudara datang mengadu tentang anak saudara yang derhaka, padahal saudara dahulu yang telah menderhaka kepada anak saudara ini."

  Ibu bapa seharusnya menyedari ada waktunya mereka bersikap derhaka kepada anak-anak. Tanpa mereka sedari tingkah laku mereka kepada anak-anak boleh dikategorikan perbuatan derhaka, yang sudah tentunya ditegah oleh Islam.

  Dalam hal ini pengabaian tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak amat ditekankan sekali. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak-anak mereka, bukan sekadar melahirkan dan membesarkan mereka hingga dewasa. Malahan ianya lebih besar daripada itu.

Memilih calon ibu yang baik adalah suatu tanggungjawab. Ibu yang baik bakal melahirkan zuriat yang baik. Memberi nama yang baik juga suatu tanggungjawab kerana nama yang baik memberi penghormatan kepada pemiliknya. Mengajar al-Quran juga suatu tanggungjawab kerana al-Quran adalah pegangan hidup kepada Muslimin dan Muslimat.

Matlamat Islam meletakkan tanggungjawab kepada bahu seseorang dan menuntut supaya tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin adalah demi mencari kebahagiaan dan kedamaian dalam hidup. Dalam kehidupan berumah tangga, perasaan 'mawaddah' dan 'rahmah' itu menjadi matlamat.

Rumah tangga akan aman sejahtera apabila ibu bapa menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin, sementara anak-anak juga menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Kerjasama inilah yang akan menjamin kesejahteraan sesebuah rumah tangga hingga ke akhirnya.

Insyallah.. Wallahu'alam....

DOA TIDAK MAKBUL DISIMPAN UNTUK AKHIRAT

"BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau
tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah  Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya."

Ciri-Ciri dan Tanda Riya'

Riya' mempunyai ciri dan tanda-tanda sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra:
Orang yg berlaku riya' memiliki tiga ciri, yaitu:

1. Dia menjadi pemalas apabila bersendirian.
2. Dia menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yg ramai.
3. Dia menambah kegiatan/kerajinan kerjanya jika dipuji dan berkurang jika diejek.

Tanda yg paling jelas adalah berasa senang jika ada orang yg melihat ketaatannya. Andaikan orang tidak melihatnya, dia tidak berasa senang.
Dari sini diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati seperti api yg tersembunyi dalam batu. Jika orang melihatnya maka menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan gerakan yg sangat halus, lalu membangkitkannya untuk menampakkan amalnya. Bahkan ia berusaha agar diketahui amalnya itu baik secara sindiran atau terang-terangan.

Diriwayatkan bahwa Abu Umamah Al-Bahili pernah mendatangi seseorang di masjid yg sedang bersujud sambil menangis ketika berdoa. Kemudian Abu Umamah mengatakan kepadanya: "Apakah engkau lakukan seperti ini jika engkau solat di rumahmu? (Teguran ini dimaksudkan untuk menghilangkan sikap riya')."

Bab At-Taharah (Bersuci)

At-taharah atau bersuci ertinya membersihkan diri, pakaian dan tempat dari segala hadas dan najis. Untuk bersuci dari hadas haruslah melakukan wuduk, mandi wajib atau tayammum. Untuk bersuci dari najis haruslah menghilangkan kotoran yang ada di badan, pakaian dan tempat yang bersangkutan.
Perintah bersuci ini tersurat pada ayat 222 dari surat Al-Baqarah yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."

Jenis-Jenis Air

Air boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
1. Air Mutlak
2. Air Musta'mal
3. Air Muqaiyad
4. Air Mutanajjis
5. Air Musyammas

Air Mutlak
Suci lagi menyucikan, boleh diminum dan boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain. Air mutlak ialah air bersih yang keluar dari bumi dan belum terpakai, contohnya: air laut, air paip, air sungai, air perigi, air hujan dan sebagainya.
Air Musta'mal
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Air yang asalnya air mutlak digunakan untuk berwuduk, kemudian air itu dikumpul semula dan tidak mencukupi sukatan dua qullah (216 liter), maka air ini dikatakan air musta'mal. Air musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, namun boleh digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk yang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak najis.
Air Muqaiyad
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Air muqaiyad terdapat di dalamnya campuran atau pewarna. Contoh: air sirap, air kopi, air gula, air garam.
Air Mutanajjis
Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Mutanajjis ialah air yang kurang daripada dua qullah dan terkena najis atau jatuh najis ke dalamnya.
Air Musyammas
Suci dan menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

Jenis-Jenis Najis

Terdapat tiga jenis najis iaitu:
1. Najis mughallazah (najis berat)
2. Najis mukhaffafah (najis ringan)
3. Najis mutawassitah (najis sederhana)

Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.
Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
Najis Mutawassitah
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.
Cara menyucikan najis mutawassitah:
1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
nota:
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur'an. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat. Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki."(Al-Maidah : 6). Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk." (H.R. Abu Daud).
Syarat Wuduk ada lima:
1. Islam
2. Baligh
3. Tidak berhadas besar
4. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan)
5. Tidak ada yang menghalangi kulit
Rukun Wuduk ada enam:
1. Niat dengan bacaan:
"Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah."
2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu, dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri.
3. Membasuh dua tangan sampai ke siku.
4. Mengusap sebahagian kepala dengan air.
5. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali).
6. Tertib (berturutan).
Sunat Wuduk ada 12:
1. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati.
2. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan.
3. Berkumur.
4. Menggosok gigi (bersiwak).
5. Membersihkan hidung dengan air.
6. Mengusap seluruh kepala dengan air.
7. Membasuh kedua cuping telinga.
8. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki.
9. Tidak berbicara.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan.
11. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali.
12. Membaca doa sesudah berwuduk:
"Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa, tidak ada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. Wahai Allah jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk orang-orang yang suci serta jadikanlah saya termasuk golongan hamba-hambaMu yang soleh."
Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Hilangnya akal sama ada gila, pengsan ataupun mabuk.
3. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim.
4. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri maupun milik orang lain, dewasa maupun anak-anak.
5. Tidur, kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya).

nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk apabila tersentuh yang bukan muhrim. Menurut mazhab Syafi'i, hukum wuduk batal secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). Menurut Mazhab Maliki pula, menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), ataupun merasai keghairahan ketika bersentuhan. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Tayammum

Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air. Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat.

Syarat-syarat tayammum:
1. Sudah masuk waktu solat
2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya
3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.
4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : "... Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu."(Q.S. Al-Maidah : 6)
5. Memakai tanah yang suci dan berdebu.
Rukun Tayammum ada 4:
1. Niat
2. Menyapu muka dengan tanah
3. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah
4. Tertib atau berturutan
Sunat Tayammum ada 2:
1. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati.
2. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan.
nota:
Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk.

Mandi Wajib & Sunat

Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. Firman Allah SWT:
"Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci." (Al-Maidah: 6)
Perkara yang mewajibkan mandi:
1. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
2. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
3. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
4. Habis masa haid.
5. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.
Rukun Mandi ada 3:
1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh seluruh tubuh.
Sunat Mandi ialah:
* Diawali membaca bismillah dalam hati
* Menggosok seluruh tubuh dengan tangan
* Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri
* Berwuduk sebelum mandi
* Tertib atau berturut-turut.
Selain mandi wajib, ada juga mandi-mandi sunat, iaitu:
Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat
Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha
Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila
Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah
Mandi sehabis memandikan mayat
Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam

Istinjak

Beristinjak maksudnya bersuci atau membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih.
Beristinjak hukumnya wajib ke atas setiap umat Islam. Benda-benda yang dihormati seperti makanan, tulang dan benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat al-Quran atau hadis adalah haram digunakan untuk beristinjak.

Alat yang boleh digunakan ialah air yang suci lagi menyucikan (lihat jenis air) dan benda-benda keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan sebagainya.
Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan bersih. Tempat yang terkena najis itu mesti dibersihkan sehingga hilang rasa, bau dan warna.

Manakala syarat beristinjak menggunakan batu dan benda-benda kesat ialah seperti berikut:
* Sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang mempunyai tiga penjuru.
* Najis yang keluar itu kering.
* Najis belum kering pada tempatnya.
* Tidak berlumuran pada tempat keluarnya.
* Tidak terkena najis lain ke atasnya.
* Najis tidak dibasahi air.

Sumber : Web