PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Thursday, March 17, 2011

Derhaka kepada anak

Perbuatan anak menderhaka ibu bapa sering diperkatakan dalam kehidupan kita. Dalam ajaran Islam, perbuatan ini dianggap dosa besar yang sangat ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan, anak akan mendapat balasan buruk, sama ada di dunia mahupun akhirat. Masyarakat membenci dan memandang hina kepada perbuatan anak menderhaka kepada ibu bapanya.

Bagaimana pula fahaman masyarakat terhadap amalan yang sebaliknya iaitu perbuatan ibu bapa menderhaka kepada anak-anak mereka? Adakah amalan ini berlaku? Jika berlaku, bagaimana tanggapan mereka kepada perkara ini?

  Pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Khalifah Umar bin Al-Khattab bagi membuat aduan mengenai perilaku anaknya yang menderhaka kepadanya. Khalifah Umar mendengar dengan teliti aduan yang dibuat, kemudian meminta lelaki itu membawa anaknya datang berjumpa dengannya.

  Setelah anak lelaki itu sampai, Umar Al-Khattab berjumpa dengan anak lelaki berkenaan. Umar menasihatinya agar dia tidak lagi mengulangi perbuatan menderhaka kepada ibu bapanya. Umar juga menyuruh agar dia sentiasa menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Selepas selesai Saidina Umar memberi nasihat kepada anak lelaki tadi, anak ini meminta kebenaran untuk bertanya beberapa soalan kepada Saidina Umar. Saidina Umar melayani kemahuan anak lelaki itu.

  "Tuan, bukankah anak-anak juga mempunyai hak-haknya daripada ayah mereka." Tanya si anak. "Ya, sudah tentu." Jawab Saidina Umar. Si anak bertanya : "Apakah hak-hak itu, tuan?" Saidina Umar menjelaskan : "Hak si bapa memilih siapa yang menjadi ibu kepada anak-anaknya, hak memberikan nama yang baik kepada anak-anak dan hak mengajar membaca al-Quran kepada anak-anak."

  Apabila mendengar penjelasan Saidina Umar itu, si anak lelaki tadi mengadu kepada Saidina Umar : "Tuan, ayah saya belum pernah melaksanakan satu pun daripada semua hak tersebut. Ibu saya berbangsa Ethopia, janda kepada seorang yang beragama Majusi. Mereka menamakan saya dengan nama 'Si Kumbang Kelapa' dan tidak pernah mengajar kepada saya membaca al-Quran."

  Mendengar kata-kata si anak, Saidina Umar mengalih pandangannya kepada si ayah. Terus Saidina Umar berkata: "Saudara datang mengadu tentang anak saudara yang derhaka, padahal saudara dahulu yang telah menderhaka kepada anak saudara ini."

  Ibu bapa seharusnya menyedari ada waktunya mereka bersikap derhaka kepada anak-anak. Tanpa mereka sedari tingkah laku mereka kepada anak-anak boleh dikategorikan perbuatan derhaka, yang sudah tentunya ditegah oleh Islam.

  Dalam hal ini pengabaian tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak amat ditekankan sekali. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak-anak mereka, bukan sekadar melahirkan dan membesarkan mereka hingga dewasa. Malahan ianya lebih besar daripada itu.

Memilih calon ibu yang baik adalah suatu tanggungjawab. Ibu yang baik bakal melahirkan zuriat yang baik. Memberi nama yang baik juga suatu tanggungjawab kerana nama yang baik memberi penghormatan kepada pemiliknya. Mengajar al-Quran juga suatu tanggungjawab kerana al-Quran adalah pegangan hidup kepada Muslimin dan Muslimat.

Matlamat Islam meletakkan tanggungjawab kepada bahu seseorang dan menuntut supaya tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin adalah demi mencari kebahagiaan dan kedamaian dalam hidup. Dalam kehidupan berumah tangga, perasaan 'mawaddah' dan 'rahmah' itu menjadi matlamat.

Rumah tangga akan aman sejahtera apabila ibu bapa menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin, sementara anak-anak juga menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Kerjasama inilah yang akan menjamin kesejahteraan sesebuah rumah tangga hingga ke akhirnya.

Insyallah.. Wallahu'alam....

No comments: