PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Wednesday, November 10, 2004

Andainya perempuan tahu.........

· Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
· Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.· Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
· Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
· Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
· Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
· Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
· Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
· Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
· Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.· Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
· Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
· Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
· Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)
· Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
· Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
· Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
· Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
· Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

BICARA BUAT PUTERA PUTERIKU KU SAYANG

Putera Puteriku sayang dengarkanlah……

Puteraku Puteriku sayang
Tiada longgokan permata
Yang dapat ayahndabonda wasiatkan
Cuma satu pesanan
Semaikan kesabaran dihati anaknda
Kerana….
Kelak ia menjadi titi kebahagiaan
Dunia akhirat

Puteraku Puteriku sayang

Ingatlah pesan ayahndabonda
Jadilah insan berguna dan bertakwa
Jadilah insan berbudi dan berbahasa
Kerana kelak….
Anaknda akan disukai orang
Melebihi sukanya kepada semua barang

Puteraku Puteriku sayang
Hadirmu cukup membahagiakan
Harapan ayahndabonda
Kebahagiaan ini kan berkekalan
Untuk hari ini esok dan selamanya

Ilham rasa,
-Zana-


WAHAI HATI.....

Pandanglah keindahan, hati ingat
Kepada Allah yang menjadikannya.

Makanlah yang enak-enak, hati ingat
Kepada Allah yang memberikan rezeki.

Bersabarlah ketika sakit, hati ingat
Kepada Allah yang hendak menguji kesabaran hambanya

Bersyukurlah ketika berjaya, hati ingat
Kepada Allah kerana setiap kejayaan itu milik-Nya

Tabahlah jika menghadapi kegagalan,
Hati ingat kepada Allah yang mengetahui Hikmah di sebaliknya.


UNTUK RENUNGAN
Tidak suatu haripun bila terpancar saja fajar, melainkan masa akan menyeru kepada kamu:

“ Wahai anak adam! Aku masa yang baru, hanya pekerjaan kamu menjadi saksi. Maka ambillah aku untuk bekalan kamu. Sesungguhnya selepas aku pergi aku tidak akan kembali lagi hinggalah sampai ke hari kiamat nanti.”

(Kata-kata oleh Hassan Al-Basri)

KITA SEHAT ALA RASULULLAH

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :- Berlimpah pahala dari Allah- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi."Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)


3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan


4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung


5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyahbelaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, sertatawakal kepada Allah SWT


7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...

::Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia

Friday, October 15, 2004

Kerinduan Setiap Pasangan

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya 'cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang. Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula 'cabaran-dugaan-masalah'. Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...


Jangan menafikan ini semua!Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat... Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas... Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat... Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut. Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Perkahwinan itu sendiri"mengambil masa" untuk 'proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.'Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..." Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.
Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...
Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek... Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, 'suami dan isteri', bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?
Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka. Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...
Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir lah,bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman,cemburu dan jenaka. Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman,belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..." Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...
Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku mahu keluarga bahagia." Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia 'tidak ujud' hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan.. Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...
Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu(teori). Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal" Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah...
"Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."
Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...Jangan kau jadi sekeras batu?kerana batu tidak mudah untuk dibentuk... Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...
Kebanyakan lelaki dambakan wanita 'cerdik'... Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...

Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak, Cerdik dalam 'argument' dan lojik?.
Jangan hanya jadi 'pak turut'?

Wanita pula dambakan lelaki yang ' alert'...Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...Jangan biarkan masalah menjadi 'api dalam sekam...'Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat,kerana 'sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya..Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan e***** menyusahkan isterimu,selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

'Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri" sahaja memainkan peranan...

Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."
Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua.
"Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama 'suami dan isteri...'

'Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita... TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing... ('menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...

Biar dia marah kita, katakan, 'Allah lebih marah perbuatanmu...'
Dan, katakan 'kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, e***** akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?" Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk 'keluarga bahagia...'Jangan sesekali 'suami' menunding kepada 'isteri' atau 'isteri' menunding kepada 'suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka 'sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak 'diberi peringatan' kepada pasangan kita? Manusia sentiasa lupa...
Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi 'tegas' atau 'keraskan' suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan 'dia' mempermainkan perintah Allah SWT!
Alam perkahwinan itu 'amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi menjadi 'amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang 'perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk.

Sumber : Fwd mail 

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

a. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.

b. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.

c. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.

d. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.

e. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.

f. Kegembiran ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.

g. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Sunday, October 10, 2004

Madah Pujangga ada berkata ....

Sahabat ku SeIslam….

Madah Pujangga ada berkata :-

“Di dalam menempuh jalan hidup janganlah mencuba menjarak dari Tuhan, sebab kendati yang sebenarnya terletak ditangannya. Betapa pun kita memegang kemudi bahtera menuju pelabuhan yang dicita-citakan, Namun yang menentukan arah angin adalah Dia.


Sebelum sampai ketempat perhentian janganlah lekas puas dan gembira jika nasib selamat. Tetapi bersyukurlah! Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah, janganlah bergoncang jiwamu, sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali sebab itu hendaklah sabar.

Imbangan pelajaran hidup adalah diantara syukur dan sabar. Perhitungan laba dan rugi bukanlah ditengah perjalanan tetapi di tempat perhentian akhir.
-Wallahua’alam-

Madah-madah untuk direnungi....

· Pengalaman satu nostalgia. Nostalgia jadi memory. Memory hanya kenangan. Kenangan tetap diingatan.

· Pengalaman masa lalu adalah pengajaran hari esoknya.
· Semalam telah berlalu hari ini kita tempuhi. Namun esok masih belum pasti. Bersedialah untuk esok!

· Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
· Sepi itu indah, Rindu itu parah oleh itu hidup mesti tabah.

· Dalam kehidupan sehari-hari kita kadang-kadang tertipu dengan sikap dan nilai (lakonan) seseorang. Awasilah fenomena ini!
· Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, tetapi agama mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

· Relakan perpisahan dan pertemuan kerana ia mengiringi setiap detik kehidupan.



Renungan bersama…

“Manusia bertindak mengikut hati. Tidak kira waktu dan keadaan.”
Dari sini siapa manusia fikirlah sendiri!!!!
Ikhlas
-Zana-

Mutiara

Cintakan bunga….. bungakan layu
Cintakan manusia…. Manusiakan mati
Cintakan dunia….. duniakan kau tinggalkan pergi
Cintakan illahi….cinta sejati.

**********

Teman….


“Dalam setiap perjalanan yang dilalui ada persimpangan,
Dipersimpangan ini ada dugaan, cabaran dan pengalaman.
Oleh itu hadapilah segala dugaan dengan tabah dan sabar.”