PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Tuesday, December 11, 2007

MENDAPAT HATI YANG TENANG

Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-Perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu.

Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.
Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan. Dibawakan contoh, katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin. Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. “InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”, kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.
Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan.

Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit. Soalnya adalah sejauhmana kuat hubungannya dengan Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.
Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah. Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan.

Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu. Hatinya boleh berkata, “tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.
Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan.
Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama. Sekian.

Wednesday, June 13, 2007

Ada 6 Pertanyaan Penting Untuk Anda...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semoga renungan hari ini memberi manfaat.

Ada 6 Pertanyaan Penting :

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Nak tau jawapannya? baca seterusnya buat renungan kita bersama...Insyallah

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghozali bertanya,

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang ke dua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab Negara China, bulan,matahari,dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu" . Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ke tiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawah gunung,bumi,dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf: 179). Maka dengan itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, agar jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan ke empat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan semua benar, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak biasa memegang amanahnya. Pertanyaan yang ke lima adalah,"Apa yang paling ringan didunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat" . Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia" . Kerana melalui lidah, manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

Wasallam.

Friday, April 13, 2007

Manusia macam kita . . .

Manusia macam kita Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Dimana-manapun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca A
syik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca

Kenapa tak baca?

Tak sempat
Busy

Tak faham
Tak reti
Malas

dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca

dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca

dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

apa nak jadi?Rugi! rugi! rugi!
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu ke sana ke mari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiriDalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah inisiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami

Bacalah Al-Quran hari ini!

Friday, February 23, 2007

M e n g u r a t


Bila seorang individu cuba mendekati atau menarik perhatian individu lain yang berlainan jantina - individu itu dikatakan sedang mengurat. Walaupun niatnya cuma hendak berkawan dan tidak lebih dari itu, orang lain tetap akan mengatakannya sedang mengurat.


Saya ingat istilah mengurat ini khas bila kita betul-betul kita hendakkan individu berkenaan sebagai pasangan hidup. Rupa-rupanya tidak begitu pandangan orang lain. Asalkan kita kelihatan cuba akrab dengan seseorang yang berlainan jantina - sahlah kita sedang mengurat. Soal apakah ianya kerana kita nak berkawan sahaja atau ada niat lain tidak timbul.


Mungkin kerana mereka beranggapan mula-mula berkawan selepas itu ia akan berkembang. Saya pula memulakan hubungan berdasarkan niat. Jika niat saya berkawan, berkawan sajalah. Jika niat saya hendak berpasangan, maka berpasanganlah. Amat jarang sekali niat itu berkalih arah apatah lagi saya jenis yang menumpukan cinta pada pilihan hati.


Apa pun, demikianlah mengurat - ianya melibatkan proses membaca yang bukan-bukan. Sebagai contohnya, kalau dia tidak pernah senyum apatah lagi tegur kita tetapi pada hari ini misalnya, dia senyum dan tegur kita. Itu sudah boleh ditafsirkan sebagai `lampu hijau'. An invitation smile.


Tetapi apakah senyuman dan sapaan itu mutlak dapat ditafsirkan sebagai satu jemputan perkenalan? Tidakkah mungkin ianya membawa erti yang lain? Bagaimana menentukannya? Kalau salah tafsir, boleh jadi kes aniaya.


Isyarat-isyarat ini apakah benar pula ianya isyarat cinta dan ditujukan kepada kita?


Tidakkah mungkin dia melahirkannya tanpa niat sebagai isyarat? Sekadar reaksi spontan terhadap ketika dan situasi tertentu?


Inilah dilema yang amat besar dalam membaca yang bukan-bukan ini. Kita menafsirkan sesuatu itu sebagai isyarat (signal) berdasarkan kepekaan, ilmu dan pengalaman kita. Manusia ini unik. Barangkali manusia yang kita jumpa itu - tergolong dalam jenis yang sebelum ini kita tidak pernah jumpa. Ada kemungkinan isyaratnya - walaupun biasa kita temui membawa makna yang lain dari yang biasa kita fahami.


Tetapi bagaimana mahu menentukan? Apakah ada kebenaran mutlak dalam hal ini?


Yang selalu menjadi rujukan adalah para senior - mereka yang kita anggap berpengalaman. Tetapi pengalaman mereka adalah unik terhadap diri mereka dan pasangan mereka juga. Apakah kerana mereka telah melalui fasa mengurat itu bermakna mereka memahami seluruh isyarat yang mungkin diberikan oleh pasangan? Tidak juga.


Bila kita percaya sepenuhnya kepada tanggapan maka jadilah hukum seperti jika dia tidak telefon aku hari ini bermakna dia tak suka kat aku. Jika dia tak pelawa aku keluar minggu ini bermakna dia tak mahu kat aku. Sedangkan misalnya, pihak yang satu lagi mempunyai halangan-halangan lain untuk menyebabkan dia melakukan apa yang ditanggap oleh pasangannya. Yang seronoknya, dalam hal ini, pasangan sering sekali mengingkari logik. Kita lebih gemar berpegang kepada - tidak kira apa pun yang berlaku - apa pun kesukaran yang dilaluinya, jika dia sayang kat aku maka dia akan telefon aku, dia akan pelawa aku keluar dan sebagainya.


Saya pernah melalui satu ketika di mana saya gagal menghadiri temujanji dengan dia kerana kesibukkan yang muncul serta merta - tidak dirancang. Saya telefon tak dapat-dapat. Ha - salah siapa tu? Bila saya berjaya menghubungi - segalanya sudah terlambat. Dia sudah merajuk dan menyalahkan saya.


Logiknya mudah - takkan tak dapat telefon langsung? Percayalah - saya dah cuba berkali-kali!!!!

Mengapa pula misalnya hal yang sebegitu dijadikan indikator penting dalam menilai keserasian dan keseriusan pasangan terhadap hubungan?


Ini saya fikir perlu dinilai semula. Apakah kalau dia lambat 10 minit maka tanggapan kita ialah dia tak suka kat kita, tak bertanggungjawab dan sebagainya.


Mengapa ya kita suka membaca yang bukan-bukan?


Mengapa tidak kita bersangka baik dan fokus kepada bagaimana kita boleh mengukuhkan hubungan?


Mungkin kerana sifat kita sebagai manusia ini ialah pentingkan diri sendiri. dan diperingkat awal hubungan kita menilai pasangan kita - apakah benar dia betul-betul mahukan kita di setiap kesempatan yang ada.


Saya fikir pula bahawa tanggapan ini berasaskan naluri yang salah. Saya berpendapat kita seharusnya meyakini komitmen dan kelangsungan hubungan. Soal bagi kad harijadi atau tidak, hadiah atau tidak, puji-pujian, telefon dan sebagainya adalah cara seseorang itu menzahirkan cinta.


Kalau ikut saya, kalau pun seseorang itu melakukan semua yang di atas, belum tentu lagi arahnya dia mahu berumahtangga. Sebabnya, bagi saya, setakat bagi hadiah, bagi kad, concern - itu tanggungjawab sahabat. Tidak mesti ia disertikan untuk hidup bersama.


Saya juga melihat rasa ragu, rajuk dan marah atas hal-hal seperti terlambat, lupa bagi kad harijadi, lupa telefon dan sebagainya adalah berasaskan rasa diri kita yang takut. Takut dia sebenarnya tidak sayangkan kita sepenuhnya. Takut dia ada yang lain. Takut kita bertepuk sebelah tangan. Pokoknya, kita meragui kasih sayang dia dan komitmen dia terhadap kita. Jarang sekali kita persoalkan komitmen kita dan kasih sayang kita kepada dia. Sedangkan bila kita bicara soal hubungan, ianya melibatkan dua insan ; dua hati.


Dari satu sudut, jika itulah petandanya, maka bererti kita sebenarnya tidak yakin terhadap `hubungan cinta¡¦ bersama. Cinta kita masih belum matang.


Bagi saya, jika cinta itu matang, beradalah dia jauh dari sisi, kita yakin cintanya tetap subur. Datanglah Prince Charming dari mana pun, cintanya tetap pada kita.


Tidak sukar sebenarnya untuk mencapai keyakinan sebegini. Asalkan kita dapat menerima pasangan seadanya. Memahami hakikat perkara yang diketahui dan belum diketahui serta - sebagai mansuia - dia dan kita tidak maksum. Jika tumpuan diberikan kepada hubungan dan bukannya soal titik bengik, maka saya pasti, cinta itu akan matang, menjadi lebih indah, mudah diurus dan pertelingkahan tidak lebih dari satu kaedah bermanja.


Jadi jika anda mendekati seorang gadis atau jejaka, awas - anda akan dikatakan sedang mengurat dan setiap tingkahlaku anda - tiap senyum, tiap tunduk, tiap bicara malah dialog pun - akan dinilai bukan saja oleh dia - sebab kadang-kadang yang diurat pun tak sedar dirinya sedang diurat - tetapi lebih dahsyat oleh orang sekeliling yang gemar pula bermesyuarat tidak rasmi dan sanggup membincangkan hal-hal sebegini berjam-jam lamanya.

Sumber : Fwd Mail