PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Thursday, March 17, 2011

HAK KEDUA IBU BAPA

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha' berkata: "Nabi Musa a.s. berdoa: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.: "Aku wasiat supaya tetap dengan Aku." Nabi Musa a.s. berkata lagi: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.: "Aku pesan kepadamu, taatlah kepada ibumu." Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Jawab Allah s.w.t.: Aku pesan supaya taat kepada ibumu." Musa a.s. berkata: "Wasiat kepadaku." Allah s.w.t. berfirman: Aku wasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu."
 Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Andaikan ada khalimah yang lebih ringan dari kata UF (cih) untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang tua nescaya akan dilarang oleh Allah s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka."
Abul-Laits berkata: "Andaikan Allah s.w.t. tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."
Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak menerima yang satu tanpa gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):
Aqimusholata wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Athi'u Allaha waathi'urRasul (Yang bermaksud) Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t. jika tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.
An usykur li walidaika (Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t. dan tidak syukur kepada kedua orang tua tidak diterima.
Dan dalilnya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kutukan kedua orang tua itu memutuskan asal anak itu jika anak itu durhakai keduanya. Maka siapa merelakan kedua ayah bondanya bererti telah merelakan Tuhannya dan siapa mendapatkan kedua ayah bondanya atau salah satunya, lalu tidak taat kepada keduanya sehingga masuk neraka bererti telah dijauhkan oleh Allah s.w.t."  
Dan ketika Rasulullah s.a.w. ditanya: "Apakah amal yang utama?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah."
Farqad Assinji berkata saya telah membaca didalam kitab: "Bahawa anak tidak boleh dibicarakan dimuka orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh jalan dimukanya atau dikanan kirinya kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut dan harus berjalan dibelakang keduanya sebagaimana hamba sahaya dibelakang majikannya."
Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga mewudhu'kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalanmu yang sedikit."
 Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: "Terulis didalam hikmat: "Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya, mal'un (terkutuk) siapa yang merintangi agama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan, terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain nama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda dijalan bumi ini atau batas-batas tanah."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya." Ketika ditanya: "Bagaimanakah seorang memaki ayah ibunya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau memaki ibunya, maka dibalas dimaki ibunya."
Abban dari Anas r.a. berkata: "Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah s.a.w. Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w. dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w.,  dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w. akan datang kesini." Jawab ibu Alqomah: "Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w. Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?" Jawab ibu Alqomah: "Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Jawab ibu Alqomah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqomah: "Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya kepadaku dan menentangku."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima hatiku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: " "Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka kepadanya." Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya."
Maka langsung Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucap Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w. dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: "Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini." Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w. berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t. dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."
Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wa qodho rabbuka alla ta buda illa iyyaahu, wabil walidaini ihsana, imma yablughanna indakal kibara ahaduhuma au kilahuma fala taqul lahuma uf wala tanharhuma waqul lahuma qoulan karima. (Surah Al Isra ayat 23) (Yang bermaksud) Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan) selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan sikat atau sikap jemu atau berkata: Cih, kepada keduanya, umpama jika kau samapi membuang kencing atau najis ibu atau bapa, maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu dimasa kecilmu, dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut, sopan santun, ramah tamah dan hormat.
Ibu Abbas r.a. ketika mengertikan ayat (Yang berbunyi): Wakh fidh lahuma janahadzdzulli minarrahmati, waqul Robbir hamhuma kama robbayani shorghira. (Surah Al Isra ayat 24) (Yang bermaksud) Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya: "Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.
Mengenai kewajipan terhadap keduanya dimasa hidup hingga mati, dengan selalu mendoakan untuk keduanya sesudah matinya. Seorang ulama tabi'in berkata: "Siapa yang mendoakan kedua ibu bapanya tiap hari lima kali bererti telah menunaikan kewajipabnya terhadap kedua ibu bapanya." Sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "An usy kurli wali walidaika, ilayyal mashir." (Yang bermaksud): "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepadaKu kau akan kembali.
Bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan sembahyang lima waktu tiap hari, maka syukur terhadap ibu bapa juga harus lima kali tiap hari. Firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): " Robbukum a'lamu bima fi nufusikum in takunu shalihina fa innahu kana lil awwabina ghafura. (Yang bermaksud): "Tuhanmu lebih mengetahui apa yang didalam hatimu, jika kamu benar-benar baik (solih) maka sesungguhnya Tuhan itu terhadap orang yang salah lalu kembali taubat, ia maha penganmpun. (Surah Ali-Isra ayat 25)
Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
1) Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
2) Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
3) Jika berhajat bantuan harus dibantu
4) Menyambut panggilannya
5) Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
6) Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
7) Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
8) Jika berjalan harus dibelakangnya
9) Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
10) Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.
Seorang sahabat berkata: "Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak." "Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?" beliau ditanya. Jawabnya: " Ya, dengan tiga macam iaitu:
- Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
- Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
- Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.           
Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:
- Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)
- Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)
- Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya                  
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad s.a.w.: "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."

Derhaka kepada anak

Perbuatan anak menderhaka ibu bapa sering diperkatakan dalam kehidupan kita. Dalam ajaran Islam, perbuatan ini dianggap dosa besar yang sangat ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan, anak akan mendapat balasan buruk, sama ada di dunia mahupun akhirat. Masyarakat membenci dan memandang hina kepada perbuatan anak menderhaka kepada ibu bapanya.

Bagaimana pula fahaman masyarakat terhadap amalan yang sebaliknya iaitu perbuatan ibu bapa menderhaka kepada anak-anak mereka? Adakah amalan ini berlaku? Jika berlaku, bagaimana tanggapan mereka kepada perkara ini?

  Pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Khalifah Umar bin Al-Khattab bagi membuat aduan mengenai perilaku anaknya yang menderhaka kepadanya. Khalifah Umar mendengar dengan teliti aduan yang dibuat, kemudian meminta lelaki itu membawa anaknya datang berjumpa dengannya.

  Setelah anak lelaki itu sampai, Umar Al-Khattab berjumpa dengan anak lelaki berkenaan. Umar menasihatinya agar dia tidak lagi mengulangi perbuatan menderhaka kepada ibu bapanya. Umar juga menyuruh agar dia sentiasa menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Selepas selesai Saidina Umar memberi nasihat kepada anak lelaki tadi, anak ini meminta kebenaran untuk bertanya beberapa soalan kepada Saidina Umar. Saidina Umar melayani kemahuan anak lelaki itu.

  "Tuan, bukankah anak-anak juga mempunyai hak-haknya daripada ayah mereka." Tanya si anak. "Ya, sudah tentu." Jawab Saidina Umar. Si anak bertanya : "Apakah hak-hak itu, tuan?" Saidina Umar menjelaskan : "Hak si bapa memilih siapa yang menjadi ibu kepada anak-anaknya, hak memberikan nama yang baik kepada anak-anak dan hak mengajar membaca al-Quran kepada anak-anak."

  Apabila mendengar penjelasan Saidina Umar itu, si anak lelaki tadi mengadu kepada Saidina Umar : "Tuan, ayah saya belum pernah melaksanakan satu pun daripada semua hak tersebut. Ibu saya berbangsa Ethopia, janda kepada seorang yang beragama Majusi. Mereka menamakan saya dengan nama 'Si Kumbang Kelapa' dan tidak pernah mengajar kepada saya membaca al-Quran."

  Mendengar kata-kata si anak, Saidina Umar mengalih pandangannya kepada si ayah. Terus Saidina Umar berkata: "Saudara datang mengadu tentang anak saudara yang derhaka, padahal saudara dahulu yang telah menderhaka kepada anak saudara ini."

  Ibu bapa seharusnya menyedari ada waktunya mereka bersikap derhaka kepada anak-anak. Tanpa mereka sedari tingkah laku mereka kepada anak-anak boleh dikategorikan perbuatan derhaka, yang sudah tentunya ditegah oleh Islam.

  Dalam hal ini pengabaian tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak amat ditekankan sekali. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak-anak mereka, bukan sekadar melahirkan dan membesarkan mereka hingga dewasa. Malahan ianya lebih besar daripada itu.

Memilih calon ibu yang baik adalah suatu tanggungjawab. Ibu yang baik bakal melahirkan zuriat yang baik. Memberi nama yang baik juga suatu tanggungjawab kerana nama yang baik memberi penghormatan kepada pemiliknya. Mengajar al-Quran juga suatu tanggungjawab kerana al-Quran adalah pegangan hidup kepada Muslimin dan Muslimat.

Matlamat Islam meletakkan tanggungjawab kepada bahu seseorang dan menuntut supaya tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin adalah demi mencari kebahagiaan dan kedamaian dalam hidup. Dalam kehidupan berumah tangga, perasaan 'mawaddah' dan 'rahmah' itu menjadi matlamat.

Rumah tangga akan aman sejahtera apabila ibu bapa menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin, sementara anak-anak juga menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Kerjasama inilah yang akan menjamin kesejahteraan sesebuah rumah tangga hingga ke akhirnya.

Insyallah.. Wallahu'alam....

DOA TIDAK MAKBUL DISIMPAN UNTUK AKHIRAT

"BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau
tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah  Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya."

Ciri-Ciri dan Tanda Riya'

Riya' mempunyai ciri dan tanda-tanda sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra:
Orang yg berlaku riya' memiliki tiga ciri, yaitu:

1. Dia menjadi pemalas apabila bersendirian.
2. Dia menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yg ramai.
3. Dia menambah kegiatan/kerajinan kerjanya jika dipuji dan berkurang jika diejek.

Tanda yg paling jelas adalah berasa senang jika ada orang yg melihat ketaatannya. Andaikan orang tidak melihatnya, dia tidak berasa senang.
Dari sini diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati seperti api yg tersembunyi dalam batu. Jika orang melihatnya maka menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan gerakan yg sangat halus, lalu membangkitkannya untuk menampakkan amalnya. Bahkan ia berusaha agar diketahui amalnya itu baik secara sindiran atau terang-terangan.

Diriwayatkan bahwa Abu Umamah Al-Bahili pernah mendatangi seseorang di masjid yg sedang bersujud sambil menangis ketika berdoa. Kemudian Abu Umamah mengatakan kepadanya: "Apakah engkau lakukan seperti ini jika engkau solat di rumahmu? (Teguran ini dimaksudkan untuk menghilangkan sikap riya')."

Bab At-Taharah (Bersuci)

At-taharah atau bersuci ertinya membersihkan diri, pakaian dan tempat dari segala hadas dan najis. Untuk bersuci dari hadas haruslah melakukan wuduk, mandi wajib atau tayammum. Untuk bersuci dari najis haruslah menghilangkan kotoran yang ada di badan, pakaian dan tempat yang bersangkutan.
Perintah bersuci ini tersurat pada ayat 222 dari surat Al-Baqarah yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."

Jenis-Jenis Air

Air boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
1. Air Mutlak
2. Air Musta'mal
3. Air Muqaiyad
4. Air Mutanajjis
5. Air Musyammas

Air Mutlak
Suci lagi menyucikan, boleh diminum dan boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain. Air mutlak ialah air bersih yang keluar dari bumi dan belum terpakai, contohnya: air laut, air paip, air sungai, air perigi, air hujan dan sebagainya.
Air Musta'mal
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Air yang asalnya air mutlak digunakan untuk berwuduk, kemudian air itu dikumpul semula dan tidak mencukupi sukatan dua qullah (216 liter), maka air ini dikatakan air musta'mal. Air musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, namun boleh digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk yang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak najis.
Air Muqaiyad
Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Air muqaiyad terdapat di dalamnya campuran atau pewarna. Contoh: air sirap, air kopi, air gula, air garam.
Air Mutanajjis
Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Mutanajjis ialah air yang kurang daripada dua qullah dan terkena najis atau jatuh najis ke dalamnya.
Air Musyammas
Suci dan menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

Jenis-Jenis Najis

Terdapat tiga jenis najis iaitu:
1. Najis mughallazah (najis berat)
2. Najis mukhaffafah (najis ringan)
3. Najis mutawassitah (najis sederhana)

Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.
Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
Najis Mutawassitah
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.
Cara menyucikan najis mutawassitah:
1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
nota:
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur'an. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat. Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki."(Al-Maidah : 6). Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk." (H.R. Abu Daud).
Syarat Wuduk ada lima:
1. Islam
2. Baligh
3. Tidak berhadas besar
4. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan)
5. Tidak ada yang menghalangi kulit
Rukun Wuduk ada enam:
1. Niat dengan bacaan:
"Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah."
2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu, dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri.
3. Membasuh dua tangan sampai ke siku.
4. Mengusap sebahagian kepala dengan air.
5. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali).
6. Tertib (berturutan).
Sunat Wuduk ada 12:
1. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati.
2. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan.
3. Berkumur.
4. Menggosok gigi (bersiwak).
5. Membersihkan hidung dengan air.
6. Mengusap seluruh kepala dengan air.
7. Membasuh kedua cuping telinga.
8. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki.
9. Tidak berbicara.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan.
11. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali.
12. Membaca doa sesudah berwuduk:
"Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa, tidak ada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. Wahai Allah jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk orang-orang yang suci serta jadikanlah saya termasuk golongan hamba-hambaMu yang soleh."
Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Hilangnya akal sama ada gila, pengsan ataupun mabuk.
3. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim.
4. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri maupun milik orang lain, dewasa maupun anak-anak.
5. Tidur, kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya).

nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk apabila tersentuh yang bukan muhrim. Menurut mazhab Syafi'i, hukum wuduk batal secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). Menurut Mazhab Maliki pula, menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), ataupun merasai keghairahan ketika bersentuhan. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Tayammum

Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air. Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat.

Syarat-syarat tayammum:
1. Sudah masuk waktu solat
2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya
3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.
4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : "... Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu."(Q.S. Al-Maidah : 6)
5. Memakai tanah yang suci dan berdebu.
Rukun Tayammum ada 4:
1. Niat
2. Menyapu muka dengan tanah
3. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah
4. Tertib atau berturutan
Sunat Tayammum ada 2:
1. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati.
2. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan.
nota:
Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk.

Mandi Wajib & Sunat

Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. Firman Allah SWT:
"Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci." (Al-Maidah: 6)
Perkara yang mewajibkan mandi:
1. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
2. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
3. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
4. Habis masa haid.
5. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.
Rukun Mandi ada 3:
1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh seluruh tubuh.
Sunat Mandi ialah:
* Diawali membaca bismillah dalam hati
* Menggosok seluruh tubuh dengan tangan
* Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri
* Berwuduk sebelum mandi
* Tertib atau berturut-turut.
Selain mandi wajib, ada juga mandi-mandi sunat, iaitu:
Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat
Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha
Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila
Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah
Mandi sehabis memandikan mayat
Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam

Istinjak

Beristinjak maksudnya bersuci atau membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih.
Beristinjak hukumnya wajib ke atas setiap umat Islam. Benda-benda yang dihormati seperti makanan, tulang dan benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat al-Quran atau hadis adalah haram digunakan untuk beristinjak.

Alat yang boleh digunakan ialah air yang suci lagi menyucikan (lihat jenis air) dan benda-benda keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan sebagainya.
Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan bersih. Tempat yang terkena najis itu mesti dibersihkan sehingga hilang rasa, bau dan warna.

Manakala syarat beristinjak menggunakan batu dan benda-benda kesat ialah seperti berikut:
* Sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang mempunyai tiga penjuru.
* Najis yang keluar itu kering.
* Najis belum kering pada tempatnya.
* Tidak berlumuran pada tempat keluarnya.
* Tidak terkena najis lain ke atasnya.
* Najis tidak dibasahi air.

Sumber : Web

Wednesday, October 27, 2010

artikel berkaitan DIAM..

Dalam upaya mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang harus kita pelajari adalah bagaimana menjadi peribadi yang berkemampuan dalam menjaga juga memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, :"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam." (Riwayat Bukhari)

Jenis-jenis Diam
Sesungguhnya diam itu sangat bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tapi ada pula dengan diam menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi, juga keadaan pada diri dan lingkungannya. Berikut merupakan jenis-jenis diam yang biasa kita lihat:

a. Diam Bodoh
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus dikatakan. Hal ini terjadi kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini jauh lebih baik daripada memaksakan diri bicara yang tidak diketahui.

b. Diam Malas
Diam jenis ini merupakan keburukan, kerana diam pada saat orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara karena merasa moodnya tidak baik, tidak berselera atau malas.

c. Diam Sombong
Ini pun termasuk diam negatif karena dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahwa orang yang diajak bicara tidak setaraf dengannya.

d. Diam Khianat
Ini diamnya orang jahat karena dia diam untuk menjatuhkan orang lain. Diam pada saat diperlukan kesaksiaannya yang dapat menyelamatkan seseorang yang lain adalah diam yang keji.

e. Diam Marah
Diam seperti ini ada baiknya dan adapula buruknya, baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan suasana. Namun, buruknya adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh jadi diamnya ini juga menambah masalah.

f. Diam Utama (Diam Aktif)
Yang dimaksud diam keutamaan adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan perenungan niat yang membuahkan keyakinan bahawa dengan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi maslahat lebih besar berbanding dengan berbicara.

 Keutamaan Diam Aktif

a. Hemat Masalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan menjaga kata-kata yang berpeluang menimbulkan masalah.

b. Hemat dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata menjadi dosa pun menipis, terhindar dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.

c. Hati Selalu Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan terjaga dari riya, ujub, takabbur atau aneka penyakit hati lainnya yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.

d.
Lebih BijakDengan diam aktif berarti kita menjadi pendengar dan pemerhati yang baik, diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan, pemahamannya jauh lebih mendlam sehingga pengambilan keputusan pun jauh lebih bijak dan arif.

e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bercahayanya hatinya, memberikan idea dan gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, sikap dan perilakunya.

f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan kewibawaannya tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan.

Selain itu, diam aktif berupaya menahan diri dari beberapa hal, seperti:

1. Diam dari perkataan dusta / bohong
2. Diam dari perkataan sia-sia
3. Diam dari komentar spontan
4. Diam dari kata-kata yang berlebihan
5. Diam dari keluh kesah
6. Diam dari niat riya dan ujub
7. Diam dari kata yang menyakiti hati
8. Diam dari perkara yang tidak diketahui

Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa berkata benar atau diam. Semoga pula Allah redha hingga akhir hayat nanti, saat ajal menjelang, lisan ini diperkenankan untuk menghantar ruh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantar kita ke syurga. Aamiin...

Beramallah Dengan Ilmu ,insyaAllah beroleh Berkat .

WASSALAM.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai anak.
 
APA PUNCA ANAK DERHAKA
 
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.  Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan.  Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".  Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.  "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.  Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya.  Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.  Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.  "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.  Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."  Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.  Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.  Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.  Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.  Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.  Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.  Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?  Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.  Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.   
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.  Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?  "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."  Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.  Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.  Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?  "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam  perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.  Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
 
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.  Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.  Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.  Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.  Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.  Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.  Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Bukan saya nak bawa kisah ini untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.... sekian wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi.

Apa itu taubat ???


Apa itu taubat
Taubat tu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah ampunkan dosa2 kita yang lalu serta mengahrapkan keredhaan-Nya.Taubat bukannya dengan kita hanya pergi ke masjid dan mengucapkan Astaghfirullah. Sebaliknya ada beberapa syarat2 dia yang kita kena patuhi  supaya taubat kita tu diterima oleh Allah swt.

Kenapa kita perlu taubatKerana kita perlukan pengampunan Allah atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan . Allah itu Maha Pengampun,tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah tetapi kita sombong nak meminta dengan Allah maka Allah takkan bagi keampunanNya kepada kita.

Apakah bukti kita bertaubat kepada Allah swt
Adakah dengan hanya meminta keampunan atas dosa2 lalu ?
Bukti kita bertaubat kepada Allah swt adalah dengan kita berhenti melakukan dosa2 tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa akan datang.

Kenapa kita perlu bersegera utk bertaubat
Kerana kita tak tau bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang kepada orang tua,tapi ingat, mati juga datang kepada orang2 muda. Dan,supaya hati kita masih boleh menerima hidayah Allah swt, Kalau seseorang tu buat dosa,akan melekat satu titik hitam dalam hati dia.Dan titik hitam itu takkan hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt.Sekiranya seseorang tu menangguhkan taubatnya,maka makin banyaklah titik hitam sehingga penuhlah hati dia, berkarat dengan titik hitam. Maka masa tu tidak ada ruang untuk nur hidayah masuk ke dalam hati.Hati akan menjadi tak lut dengan segala jenis ayat2 quran, hadis2 nabi dan nasihat2...Na'uzubillahi min zalik.
Sebab itu kita kena bertaubat selalu supaya hati kita sentiasa bersih daripada dosa.

Apakah ciri2 taubat?
Ada taubat yang hanya disebutkan di mulut sahaja.kemudian selepas dari taubat itu masih lagi melakukan dosa yang sama.Taubat seperti ini adalah seperti kita melawak dengan Allah swt.Mempermainkan Allah swt dengan taubat palsu kita. Tetapi Allah Maha Pengampun..[Masya-Allah! ] Cuma dari segi keimanan kita kpd Allah adalah lemah.Sebab itula kita kena persiapkan diri kita sebelum bertaubat.Pastikan kita tau betul2 sebab apa kita bertaubat kepada Allah swt.Dan serahkan betul2 pengharapan kepada Allah swt. yang penting,doa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam bertaubat kepadanya..Agar kita tak mengulangi semula dosa2 kita tersebut.

Bila kita kena bertaubat?
Esok? Lusa? Minggu depan ? Selepas baca ni ? selepas solat ? SEKARANG juga lah kita kena bertaubat.Tiada bertangguh lagi.

Apakah ganjaran bagi orang2 yang bertaubat? "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud :3)
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  (Surah Tahrim :8)
Apakah jenis2 taubat?
Taubat ada 2 jenis ;Muwaqqatan (kalau silap betulkan..) yakni sementara dan Nasuha yakni taubat yang sebenar2nya dan selama2nya. Taubat sementara hanyalah penyesalan atau keinsafan tu muncul sekejap je..lepas buat taubat,kita masih melakukan balik dosa2 kita tu.. Huhu.. Taubat macam ni tak ada kesan. Tapi...

bagaimana nak dapatkan taubat nasuha?? 
Ada 5 benda kita kena tengok. :

1. Kita kena tengok niat kita.Untuk apa kita bertaubat ? Adakah semata2 sebab kita dah tengok ganjaran2 dia maka kita nak bertaubat? Adakah sebab kita tau kalau kita bertaubat maka Allah bagi kita ganjaran di dunia lagi, maka sebab tu kita bertaubat?  Itu dah kira tak ikhlas.Taubat kita kena ikhlas yakni diniatkan semata2 utk mendapat keredhaan Allah swt.itu yang paling utama dalam taubat. InsyaAllah taubat kita tu akan bertahan lama jika diniatkan sebegitu.

2. Kita kena menyesal atas segala dosa2 kita.Dan atas satu2 dosa sekiranya kita nak bertaubat dari buat dosa tu saja.Misalnya,seorang yang minum arak.Maka dia kena menyesal atas perbuatan dia minum arak tu. Kalau dia bertaubat tanpa menyesal,maka itu bukanlah dinamakan taubat.Tak melengkapi ciri2 taubat nasuha.

3. Kita kena berhenti  terus daripada buat dosa itu.Misalnya,kita tengah buat satu2 dosa.dalam amsa yang sama kita teringat yang kita buat itu merupakan dosa,dan kita nak bertaubat.Maka pada masa tu  jugaklah kita kena berhenti benda yang kita buat tu. Kalau kita teruskan jugak[selepas buat baru bertaubat..] ,maka itu bukanlah taubat namanya.

4. Kita kena berazam untuk TIDAK mengulangi dosa2 tersebut dan betul2 mematuhinya.Jangan hanya azam je tapi masih lagi buat perkara tu,maka itu bukanlah taubat nasuha.Kita kena berazam malah benci nak buat benda tu dan merasa seronok dan gembira bila kita dapat tinggalkan dosa2 tu.Contohnya kita selalu menipu.lepas tu kita bertaubat.dan bila kita tak menipu kita berasa gembira kerana berjaya mengekang diri dari menipu,[bukan gembira kerana diri sudah bertaubat]. Maka itulah taubat nasuha. Sebaliknya kalau kita taubat ,dan bila kita tak menipu kita rasa tak lengkap hidup kita,macam ada benda yang best kita dah tinggalkan.Huhu..maka itu tandanya taubat kita belum benar2 sempurna lagi.

5. pastikan taubat tersebut.. kita buat sebelum berlakunya 2 perkara.. Iaitu sebelum nyawa di tenggorokan(sebelum maut) dan sebelum matahari terbit dari barat. Sebab masa tu pintu taubat telah DITUTUP. Sudah terlambat sekiranya kita nak bertaubat pada ketika itu.Sudah banyak masa Allah berikan.tapi kita masih tak mau bertaubat,maka itu adalah silap kita. jangan diminta lagi masa,kerana Allah takkan berikan kepada orang2 yang sombong dengan-Nya. Nauzubillahi min zalik.

YA ALLAH, Ampunkanlah Dosa-dosaku ...
sekarang,lepas bertaubat,kena check diri kita ..ADAKAH taubat kita diterima Allah?Bagaimana tanda taubat yang diterima dan ditolak ?

Antara tanda orang yang taubatnya diterima:
1. Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali.
2. Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.
3. Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.
4. Berasa hina diri dan tawaduk. 

Tanda taubat ditolak termasuk:
1. Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.
2. Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.Ini yang biasa dirasa oleh kebanyakan orang yang bertaubat.Hanya dengan beristighfar dan mengerjakan solat sunat taubat,memadailah bagi diri mereka untuk merasa aman dan tenteram seolah-olah dosa sudah diampunkan. 
3. Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya. Tidak takut neraka dan peristiwanya.Air mata yang mengalir bukanlah air mata hipokrit semata-mata.Sebaliknya lahir dari rasa keinsafan dan bersalah yang teramat sangat terhadap dosa yang dikerjakan. 
4. Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.barangkali mereka yang bersikapa sedemikian tidak layak untuk dikatakan sudah bertaubat. 

Marilah kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat. Sesungguhnya taubat itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.
ASTAGFIRULLAH........

Monday, May 17, 2010

ADAKAH AMALAN KITA SUDAH TERBALIK ?

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentang dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1)Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga semati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan meraka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk yang datang membaca tahlil. Tidakkah meraka yang hadir makan kenduri tersebut di khuatiri kalau-kalau meraka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh semati atau harta peninggalan semati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2)Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3)Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila kita mengadap Allah baik dirumah maupun di masjid, pakaian kita lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini sesuatu perbuatan yang terbalik?


4)Kalau menjadi tetamu dirumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5)Kalau bersolat sunat dimasjid amat rajin, tapi kalau dirumah, sangat malas. Sedangkan sebaik baik solat sunat, banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk kita mengelakkan rasa riak.


6)Bulan puasa adalah bulan memdidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah lebih tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankan terbalik amalan kita?


7)Kalau nak mengerjakan Haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari musafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak musafir, maka dibuat kenduri. Bukan kan amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain?


8)Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak meraka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Al Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak kita tak dapat bacan Al Quran atau bersolat.


9)Kalau bekerja mengejar rezeki tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau rebut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak rebut pun tetap tak datang kemasjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah Nya segan dan malas.


10)Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk dirumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenarnya bukan yang diubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Wednesday, April 14, 2010

Atasi Marah & Panas Baran

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3.Minum air.

4.Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.7.Berfikiran positif.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. Wallahu'alam.

KELEBIHAN ORANG YANG MEMBACA BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat sama berselawat untuk Nabi,Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah ke atasnya"(Surah Al-Ahzab:56)

Kemuliaan/Karamah orang yang berselawat:

1. Allah berselawat ke atasnya

2. Dapat syafaat Nabi Muhammad SAW

3. Malaikat mengikutnya

4. Tidak menjadi munafik dan kafir

5. Menghapuskan kesalahan

6. Menolong mencapai hajat

7. Lepas dari huru-hara qiamat

8. Masuk syurga dan kekal di dalamnya

9. Bercahaya zahir dan batin

Faedah dan keuntungan bagi orang yang berselawat:

1. Taat perintah Allah dengan berselawat

2. Allah bersama berselawat ke atas Nabi

3. Malaikat bersama berselawat

4. Allah akan berselawat 10 kali ke atas orang yang berselawat sekali

5. Dinaikkan baginya 10 darjat ketinggian

6. Ditulis baginya 10 kebajikan

7. Dihapuskan baginya 10 kejahatan

8. Diqabulkan doanya

9. Mendapat syafaat dari Nabi di akhirat

10. Diampunkan dosa dan ditutup keaibannya

11. Memudahkan cita-cita tercapai

12. Menghampirkan diri kepada Rasulullah

13. Sebab bagi menempati bersedekah

14. Sebab memudahkan bagi tercapainya hajat

15. Sebab Allah SWT dan Malaikat berselawat ke atasnya

16. Mendapat kesucian dan keberkatan

17. Dikhabarkan tempatnya di Syurga sebelum matinya

18. Dapat kelepasan dari huru-hara qiamat

19. Nabi SAW menjawab selawat orang yang berselawat ke atasnya

20. Sentiasa ingat kepada Rasulullah

21. Menghilangkan papa

22. Mengharumkan tempat berselawat

23. Dapat menjauhkan seseorang itu dari bakhil

24. Dapat kemenangan doa

25. Berada di atas jalan ke syurga

26. Terhindar sesuatu majlis dari bau busuk

27. Menyempurnakan ucapan dengan dimulai Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi

28. Selamat meniti titian Siratul Mustaqim

29. Sebab dapat berjumpa dengan Rasulullah

30. Dapat rahmat dari Allah

31. Dapat keberkatan hidup

32. Berkekalan kasihnya kepada Rasulullah

33. Dapat kasih sayang dari Rasulullah

34. Dapat petunjuk dan sentiasa hidup hatinya

35. Dinyatakan pada Rasulullah baginya selawat

36. Ditetapkan iman

37. Bersyukur dengan nikmat Allah

38. Berzikir kepada Allah

39. Selawat itu doa

40. Bersih wajah dan hatinya

41. Akan dikahwinkan dengan bidadari syurga dan mendapat mahligai syurga

KELEBIHAN ORANG YANG BERSELAWAT

1. Diampunkan dosa-dosanyaSabda Rasulullah ertinya: "Selawat akanmu ke atas ku itu untuk meenghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadam api"

2. Diterima amalan yang paling utamaSabda Rasulullah ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamatbagi saya adalah yang paling banyak berselawat untukku"

3. Didoakan oleh MalaikatSabda Rasullah ertinya: "Barang siapa menulis untukku dalam sebuah kitab (buku)maka para Malaikat tetap memohonkan ampun baginya selama namaku tertulis di dalam kitab (buku) itu"

4. Tidak dapat lihat pahala jika tidak berselawatSabda Rasulullah ertinya: "Tiada satu kaum duduk dalam satu majlis yang mereka itutidak membaca selawat untuk Nabi SAW kecuali akan mendapat kerugian, meskipunmereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka"

5. Terselamat dari kejutan qiamatSabda Rasulullah ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku sebanyak 10 kalidi waktu pagi dan 10 kali di waktu petang maka Allah mengamankan dari kejutan yangmaha besar pada hari qiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan parasiddiqin di dalam syurga"

6. Bersama Rasulullah SAW di dalam syurgaSabda Rasulullah ertinya: "Barang siapa cinta pada sunnahku maka sesungguhnya diacinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga"

7. Ikan BerselawatSabda Rasulullah ertinya: "Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: "Hai Muhammadsesungguhnya Allah telah menciptakan sebuah laut di balik gunung Qaf dan di lautitu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa mengambil seekor ikan dari laut itu maka lumpuhlah kedua tangan dan ikannyapun menjadi batu"

8. Dapat syafaat dari RasulullahSabda Rasulullah ertinya: "Barangsiapa membaca selawat yang ertinya: "Ya Allah,limpahkanlah selawat untuk nabi SAW dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau pada hari qiamat, maka pasti syafaatku di hari qiamat"

9. Mendapat CahayaSabda Rasulullah ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku sebanyak 100kali pada hari Jumaat, maka pada hari qiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka"

10. Sembahyang diterimaSabda Rasulullah ertinya: "Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawatku"

11. Terlepas dari sifat munafikSabda Rasulullah ertinya: "Siapa membaca selawat untukku sekali maka Allah memberikankepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca 10 selawat maka Allah memberikan 100selawat kepadanya, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan iaitu; bebasdari sifat munafik dan bebas dari api neraka, bahkan di hari qiamat Allah akan memasukkannyake dalam syurga bersama-sama orang yang mati syahid.

Wallahualam.

Wednesday, March 25, 2009

KAJIAN SAINS: SOLAT RAWAT PENYAKIT KRITIKAL

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah

mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-


(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )