Di dada akhbar-akhbar dan majalah-majalah hari ini banyak memaparkan kisah-kisah masyarakat. Ramai ibu bapa mengadu tentang sikap degil dan keras kepala anak-anak mereka. Hati-hati mereka terguris melihat akhlak buruk anak-anak mereka yang tidak lagi menurut cakap , tidak taat, tidak bertimbangrasa dan tidakmenghormati ibubapa. Perkembangan tersebut menimbulkan perasaan ibubapa menjadi risau apabila anak-anak mereka semakin meningkat usia remaja kerana anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan alam sekeliling yang kucar kacir, kawan-kawan yang rosak akhlak daripada mendengar nasihat dan mematuhi akan kedua ibu bapa. Pertanyaan ibubapa yang lemah lembut dijawab dengan kasar oleh anak-anak.
Keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi walaupun berbagai saranan dan seminar diadakan untuk mengatasi masalah ini. Siapakah yang bersalah, adakah anak itu sendiri, ibu bapanya, pengaruh alam sekitar, kawan-kawan yang rosak akhlaknya ataupun guru-guru di sekolah yang tidak memberikan tunjuk ajar yang sempurna.
Di zaman moden ini, manusia semakin ghairah mengejar kemewahan dan kemajuan. Lelaki dan wanita bersama-sama berganding bahu memajukan perusahaan samda disektor swasta mahupun kerajaan. Wujudlah dalam satu keluarga, suami bekerja dan isteri keluar bekerja. Anak-anak pula diserahkan kepada jiran sebelah, nurseri ataupun orang gaji untuk mengasuh, memelihara anak dan mendidik mereka. Pendidikan anak-anak pula, diharapkan kepada guru-guru di sekolah. Beginilah perilaku dan corak hidup kebanyakan anak-anak kita, yang kita harapkan akan menjadi orang yang berguna. Sudahlah kasih sayang dari ibu bapa tidak dirasai sepenuhnya, bila ibu bapa pulang daripara kerja dengan keletihan, anak-anak dimarahi. Maklumlah penat dengan kerja-kerja di pejabat, bila anak mahu bermanja-manja dan mengadu masalah, sudah tidak terlayan lagi. Anak-anak bukan lagi dianggap sebagai cahaya mata atau penyejuk hati, malah memelihara mereka dirasa seperti memikul beban yang berat.
Nyatalah hilang fitrah murni ibubapa untuk mendidik dan mengasihi anak-anak itu kerana mereka telah lama terdedah dengan kepentingan diri dan kesenangan dunia mengatasi kepentingan mendidik anak dengan penuh tanggungjawab. Bukan sedikit ibubapa yang walaupun keperluan hidupnya telah mencukupi, lebih rela meninggalkan anak-anak demi bekerja menambah kekayaan yang sedia ada. Mereka melihat itulah cara hidup yang lebih bermakna, standard dan up to date. Mereka lebih seronok bekerja di tengah masyarakat yang bergaul bebas dan terdedah kepada berbagai-bagai maksiat daripada duduk di rumah menjaga dan mendidik anak-anak.
Ada ibu-ibu yang suka mengambil jalan mudah membiarkan anak-anak menonton berbagai program televisyen yang kebanyakannya mengandungi unsur-unsur merosakkan. Akhirnya anak-anak membesar dengan jiwa yang rosak, liar, lemah iman, berakhlak kasar dan biadab sehingga menambahkan lagi keporakperandaan masyarakat yang sudah sedia kronik ini. Ibu yang baik yakin bahawa rumah itulah gelanggang ibadahnya dan salah satu daripada gelanggang perjuangan yang penting. Menyusukan anak, menyalin lampin, memasak, mengajar dan mendidik anak dengan ilmu agama serta membina pemikiran dan jiwanya dengan penuh kasih sayang, itulah cara medapatkan pahala yang besar dan syurga di sisi Allah s.w.t. Rasulallah s.a.w telah bersabda:
"Apabila ia ( wanita ) melahirkan anak, maka tidak keluar seteguk susu dan tidak di sentuh buah susunya dengan sentuhan melainkan untuknya pada setiap teguk dan satu sentuhan itu, satu kebaikan. Jika ia berjaga malam, maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba pada jalan Allah." ( HR Al Hassan bin Safwan, dirawikan oleh Thabrani dan Ibnu Asakir dari Salamah yang menyusukan Saidina Ibrahim, putera Rasulallah s.a.w)
Sepatutnya seorang ibu itu menjaga anaknya bagaikan menatang minyak yang penuh. Ini bukan pula bererti kita menurut sahaja segala kehendak dan telunjuk anak tetapi menjaga, mengawasi serta mendidik mereka dengan penuh hati-hati dan tanggungjawab. Contohilah peribadi mereka yang sanggup mengenepikan kesenangan diri dan duniawi demi menyahut perintah Allah. Ibu yang baim tidak akan berdolak dalih untuk mengorbankan masa, tenaga, harta, ilmu dan kependaian hatta nyawa sekalipun untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna kerana mereka yakin itulah jalan yang diredhoi Allah. Setiap sudut keperluan anak dititik beratkan samada keperluan fizikal, mental atau rohaninya, sempurna dan seimbang. Jadilah anak itu yang teguh imannya, berakhlak baik, berilmu lagi cerdik, sihat dan cergas.

No comments:
Post a Comment