PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Wednesday, February 01, 2012

KALAMULLAH KEWAJIPAN MENGELUARKAN ZAKAT

Surah Al Taubah : Ayat 103
Ayat:
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'

Huraian
Zakat merupakan salah satu sumber pembangunan ekonomi Islam. Kewajipan menunaikan rukun Islam yang keempat ini tidak boleh dipandang mudah. Ini kerana ia adalah hak orang lain dan keengganan mengeluarkan zakat dikira merampas hak orang lain dan berdosa besar. Dengan sebab itu, mengeluarkan zakat dapat mensucikan diri dari dosa, harta diberkati dan membuang sifat yang buruk seperti bakhil, mementingkan diri sendiri, tamak dan sebagainya. Di samping itu, mendoakan kebaikan kepada pengeluar zakat bukan sahaja menenangkan hati dan jiwa mereka malah memupuk perasaan saling berkasih sayang dan tolong menolong sesama insan.
Kesimpulan
Zakat wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syaratnya. Selain menjadi sumber ekonomi ummah, ia juga boleh mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

No comments: