BERBEZA dengan najis yang dimaafkan, kalau terkena pada tubuh tidak menjejaskan apa-apa. Ia tidak perlu dibasuh atau dibersihkan. Bagaimanapun, kemaafan ini tidak boleh diambil ringan kerana ada kemungkinan najis itu bertukar kepada najis yang tidak dimaafkan pula.
NAJIS YANG DIMAAFKAN IALAH:
i. Darah yang sedikit pada pandangan umum
Darah memang najis tetapi kalau sedikit, setitik dua atau kadar tidak melebihi duit lima sen ia dimaafkan. Maksud dimaafkan di sini, kalau baju terkena darah yang sedikit masih boleh digunakan untuk sembahyang. Sungguhpun najis ini dimaafkan pada pakaian ia tidak dimaafkan pada makanan. Ini seperti darah yang sedikit itu terjatuh ke dalam air atau kuih maka makanan itu dikira bernajis kesemuanya.
ii. Kotoran di jalan raya yang terpercik semasa hujan
Kotoran yang dimaksudkan ialah sesuatu yang tidak dipastikan jenisnya. Kotoran ini mudah terdapat di atas jalan kerana laluan pelbagai kenderaan yang tidak boleh dielakkan. Apabila hujan jalan akan basah, akibatnya kita terkena percikan jika melalui jalan tersebut. Ini dimaafkan.
iii. Bangkai binatang
Yang dimaksudkan ialah seperti nyamuk, lalat, semut, lipas dan seumpamanya. Binatang ini hidup tanpa darah. Kalau mati dikira najis yang dimaafkan. Sebagai contoh, bangkai semut yang terdapat dalam gula tidak akan menyebabkan gula itu menadi najis. Inilah yang dimaksudkan dimaafkan. Sungguhpun begitu, binatang ini tidak dimaafkan kalau berada dalam poket baju sewaktu sembahyang. Sembahyang tidak sah.
Begitulah kedudukan Hukum Najis yang dimaafkan. Bagaimanapun, kemaafan ini adalah bersyarat iaitu :
i. berlaku tanpa sedar
ii berlaku dalam keadaan tidak boleh dielak
Sering terjadi ibu atau isteri menyediakan minuman bernajis tanpa disedari. Logiknya begini; si ibu melihat banyak semut mati di dalam bekas gula, diceduknya gula itu bersama semut mati di dalam bekas gula, diceduknya gula itu bersama semut tadi dengan niat menapisnya nanti. Oleh kerana perbuatan itu secara sedar maka ia tidak dimaafkan.
Dalam contoh yang lain, isteri melihat gulanya dimasuki semut yang masih hidup. Dia terus menceduk gula bersemut itu dan membuat air kopi. Semut itu kemudiannya ditapis. Keadaan ini juga tidak dimaafkan kerana semut itu masih boleh dielakkan.
Dalam dua keadaan di atas, air itu dihukumkan bernajis dan mereka yang meminumnya sama seperti minum air najis. Seseorang yang minum air najis adalah melakukan satu kesalahan. Dan kesan daripada perbuatan itu bukan saja akan meperoleh dosa bahkan akan terkesan dengan tanda hitam. Akibatnya mereka ini akan susah untuk menerima kebenaran.
No comments:
Post a Comment