PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Tuesday, April 26, 2005

Hindari Sifat Munafik

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghadapi manusia yang memiliki sifat munafik. Sejarah pernah memaparkan dakwah Rasulullah saw telah beberapa kali mendapat tentangan yang dilakukan oleh orang-orang munafik. Mereka ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Antara kejahatan Abdullah ini ialah dia pernah menaburkan fitnah terhadap Ummahatul Mukminin Saidatina Aisyah r.anha. Aisyah telah tertinggal daripada rombongan kafilah yang hendak pulang ke Madinah lalu ditemui Safwan bin Mu’attal yang bertugas sebagai peronda untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan. Saidatina Aisyah kemudian dihantar pulang, namun kesempatan ini diambil oleh orang-orang munafik untuk memfitnahnya. Fitnah ini merupakan ujian yang sangat berat kepada Siti Aisyah. Fitnah ini tidak dapat dikawal kerana orang-orang munafik telah menyebarkannya. Walaupun fitnah ini sukar dibuktikan, tetapi ia juga sukar dinafikan. Akhirnya Allah SWT telah menurunkan wahyu dan membersihkan maruah Saidatina Aisyah daripada difitnah. Peristiwa ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menghadapi fitnah orang-orang munafik. Hanya dengan berpandukan Al-Quran, hadis dan sejarah perjuangan baginda Rasulullah saw sahaja akan kita dapat mengetahui rahsia tipuan mereka dan bagaimana menghadapinya.

Secara kasarnya syariat telah menggariskan sifat-sifat asas orang-orang munafik ini iaitu “melahirkan suasana Islam dan menyembunyikan kekufuran.” Mereka ini muncul di peringkat Madinah iaitu ketika umat Islam telah membina kekuatan ekonomi, ketenteraan, undang-undang, pertanian dan lain-lain bidang kehidupan. Orang-orang munafik menyembunyikan kekafiran terhadap Allah SWT, Rasul-Nya dan kitabullah. Orang-orang munafik akan ditimpa seksaan sebagaimana firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada darjat yang paling bawah sekali dalam neraka.” (Surah An-Nisa :145)

Sifat-sifat munafik terlalu banyak dan ada di antaranya sangat seni sehingga memungkinkan seseorang Muslim tidak dapat bebas daripadanya. Sering terjadi campur aduk antara kekafiran dan iman yang sentiasa berbolak-balik dalam jiwa seseorang. Apabila ini terjadi, dia disifatkan sebagai orang yang mempunyai “tanda-tanda munafik.” Justeru itulah, para sahabat Rasulullah saw sangat bimbang dengan tanda-tanda munafik yang mungkin terselit dalam hati mereka.

Orang-orang munafik merupakan orang-orang yang sangat berbahaya. Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita akan tipu helah mereka hampir setiap surah dalam Al-Quran. Jadi, apakah tanda-tanda munafik yang diberitahu Allah kepada kita? Sifat-sifat orang munafik menurut Al-Quran adalah seperti berikut:

Menuduh orang beriman bersifat bodoh

Allah SWT telah menjelaskan sifat munafik ini dalam firman-Nya: “Apabila dikatakan orang kepada mereka, “ Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman, mereka berkata: Masakan kami beriman, sebagaimana orang-orang bodoh yang telah beriman. Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh tetapi mereka tidak tahu.” (Al-Baqarah: 13)

Setiap kali ada umat Islam yang ingin mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan dituduh kolot atau ketinggalan zaman. Sekiranya ada di antara mereka ingin meninggalkan amalan riba dalam pembelian, mereka telah dituduh bodoh dan menjalani perniagaan tidak menguntungkan. Sekiranya mereka menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan, mereka giat dituduh sebagai penghalang kepada kemajuan dan sebagainya. Kerja-kerja yang tidak menyenangkan ini dilakukan oleh orang-orang munafik.

Menyuruh kepada yang mungkar dan melarang yang makruf

Firman Allah SWT: “Orang munafik lelaki dan orang munafik yang perempuan sesetengah serupa dengan yang sesetengah. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang daripada membuat kebajikan, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka lupa akan Allah SWT, oleh yang demikian Allah melupakan mereka pula. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah: 67)

Keras kepala dan berbangga dengan dosa

Firman Allah SWT: “Apabila dikatakan kepadanya: Takutlah kepada Allah. Kesombongan menjadikan dia berbuat dosa. Maka cukuplah api neraka untuk balasannya dan adalah api neraka itu seburuk-buruk tempat tinggal.” (Surah Al-Baqarah: 206)

Orang-orang munafik sangat sukar untuk diberi keinsafan. Mereka rela mati dalam mempertahankan kebatilan yang mereka sembunyikan itu. Sejarah pernah menceritakan bagaimana Abdulllah bin Ubai telah terperangkap beberapa kali dalam 'lubang' yang digalinya sendiri, tetapi masih terus-terusan tidak insaf. Seluruh umurnya digunakan untuk menentang Islam.

Membantu orang kafir dan mengintip-intip orang beriman

Sifat munafik ini diceritakan Allah SWT dalam firman-Nya: “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu?”

“Iaitu orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan daripada Allah, mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) berserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keuntungan (kemenangan), mereka berkata; “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu daripada orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nisaa': 138 - 141)

Pendirian orang munafik umpama lalang. Arah mana angin bertiup, ke situlah ia condong. Sebenarnya orang-orang munafik cuba mendapatkan keuntungan daripada kedua-dua belah pihak, Islam ataupun kafir. Walaupun begitu, hati mereka lebih kasih kepada orang kafir dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekuasaan orang-orang kafir terhadap orang Islam.

Penipu, riak dan malas melaksanakan ajaran Islam

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Jika mereka berdiri mengerjakan solat, mereka berdiri dengan malas, serta riak (menunjuk- nunjuk) kepada manusia. Tiadalah mereka itu mengingati Allah kecuali sedikit. Mereka itu di dalam keraguan antara kafir dengan iman.” (Surah An-Nisaa': 142-143)

Orang munafik tidak akan merasa kemanisan bahkan seolah-olah rasa terpaksa setiap kali melakukan ibadah. Semuanya dilakukan demi mengelabui mata manusia. Sifat malas, cuai, suka bertangguh-tangguh dan bermudah-mudah akan dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu sudah menjadi tradisi bagi Khalifah Ur Rasyidin yang empat, mereka tidak akan menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang cuai beribadah (terutamanya solat) kerana khuatir amanah rakyat jatuh ke tangan orang-orang munafik.

Memecah-belahkan orang beriman dengan projek-projek yang tidak ikhlas

Rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat meruntuhkan sebuah masjid yang didirikan oleh orang-orang munafik. Peranan masjid yang asalnya suci telah dijadikan tempat untuk memecah-belah perpaduan orang-orang beriman. Orang munafik merasakan tindakan mereka bertopengkan agama itu akan berjaya. Namun Rasulullah saw lebih tahu apa yang tersirat di hati mereka. Allah SWT telah memberitahu hal ini melalui firman-Nya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.

Mereka sesungguhnya telah bersumpah: “Kami tidak mengehendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (Surah At-Taubah : 107)

Begitulah sifat-sifat orang munafik. Mungkin ada manusia bersifat munafik ini sangat hampir dengan kita seperti mana hampirnya Abdullah bin Ubai dengan Rasulullah saw. Mereka sanggup mengorbankan tenaga dan harta seolah-olah untuk membangunkan Islam tetapi hakikatnya adalah untuk menghancurkan perjuangan Islam. Bak kata pepatah, “tangan kanannya membangunkan Islam, namun tangan kiri meruntuhkan.”

Apakah tindakan kita selama ini seperti mana pepatah ini? Bagaimanakah kita dapat meng hadapi golongan munafik ini? Pertama, kita mestilah mempelajari Islam sedalam yang boleh dengan mengikuti kelas-kelas pengajian supaya kita tidak mudah tertipu. Kita tidak mahu disebabkan oleh kejahilan, kita sendiri yang mencemarkan Islam. Kedua, berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan. Sekiranya kawan kita itu mengajak kepada yang mungkar dan meninggalkan yang makruf, nasihatilah dengan baik. Tanganilah segala permasalahan berpandukan syariat Islam. Sentiasalah bermuhasabah diri supaya setiap hari kita dijauhi daripada memiliki sifat-sifat munafik.

Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.” (Surah At-Talak: 2)

Aurat Wanita . . .

Berbanding lelaki, aurat wanita lebih sukar dijaga. Ini kerana lelakiboleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana auratnyasetakat antara lutut hingga ke pusat. Tetapi, aurat wanita meliputipelbagai anggota badan daripada kaki hingga rambut.

Berikut dinyatakan aurat wanita berdasarkan kitab suci al-Quran dan hadis yang diriwayatkan oleh perawi hadis terkemuka.

Pakaian
"Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akanmemberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad,Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yangberpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik oranglain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dantidak akan mencium baunya." – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan:

Wanita yang berpakaian tipis dan jarang, ketat hingga membentuk danberbelah/membuka bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmudan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudahdikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampunlagi maha penyayang." Surah al-Ahzab : 59.

Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantungrambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yangbukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bulu kening:
Berdasarkan Bukhari Muslim diriwayatkan: "Rasullullah melaknatperempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau memintasupaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki ( tumit kaki )
Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( ataumengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Surah An-Nur: 31.

Keterangan:

Menampakkan kaki danmenghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Wangi-wangian
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatukaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu dianggapmelakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, IbnKhuzaimah dan Hibban.

Dada
"Hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hinggamenutupi dada-dada mereka". Surah An-Nur: 31

Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supayadikikirkan giginya. Riwayat At-Thabrani. "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaanAllah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamumenampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dulu."

Keterangan:
Bersolek ( make-up ) dan menurut Maqatil sengajamembiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orangJahilliyah.

Muka dan Tangan
"Asma Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yangtipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yangtelah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecualipergelangan tangan dan wajah saja."Riwayat Muslim dan Bukhari.

Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripadamenyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." RiwayatAt Tabrani dan Baihaqi.

Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan Mukmin hendaklah mereka menundukkansebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31.

Sabda Nabi saw: "Jangan sampai pandangan yang satu mengikutipandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandanganseterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicarasehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.

Sabda saw: "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang merekanamakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkanmereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan Mukmin, hendaklah merekamenundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " AnNur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulanRamadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklahia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar."

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumahsuaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya denganAllah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Wednesday, April 20, 2005

4 golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." (surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)

Tuesday, April 19, 2005

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab,
"Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya,
"Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah

Monday, April 18, 2005

Konsep Islam Tentang Wanita

KAUM hawa adalah kejadian makhluk Allah paling banyak mendapat sorotan dan perhatian. Kerana itu, banyak sekali buku yang telah ditulis oleh para ulama tentang wanita, Bahkan di dalam Al-Quran, ada satu surat yang diberi nama An-Nisa (wanita). Di samping itu, kita juga kenal pasti wujud pergerakan wanita yang memperjuangkan hak-hak wanita, kesamarataan antara lelaki dan wanita dan sebagainya. Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab para pendakwah menerangkan konsep Islam tentang wanita agar tidak menimbulkan salah faham terhadap wanita. Malahan kini isu wanita banyak diperkatakan termasuk hak mereka.

Dr. Yusuf Qarhawi dalam pengantar buku Qadhaya Al Mar'ah yang ditulis oleh Syaikh Muhammad Al Ghazali menyatakan bahawa ada dua jenis tradisi yang menyelusup ke dalam Islam. Pertama, tradisi yang diwariskan sejak masa kemunduran peradaban Islam ketika ajaran-ajaran benar yang dibawa Nabi s.a.w. telah tersembunyi dan digantikan oleh tradisi yang dibuat oleh fikiran dan nafsu manusia.

Kedua, tradisi yang datang bersamaan dengan pengumpulan pemikiran dan penjajahan peradaban. Tradisi ini merupakan tradisi yang berbeza dengan tradisi yang ketika ini sedang berkuasa. Yang pertama bermaksud memenjarakan dan yang kedua ingin menelanjanginya. Kedua-duanya sangat bertentangan dengan fitrah dan wahyu. Ada beberapa konsep yang perlu kita fahami di dalam Islam tentang wanita sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah, salah satunya adalah kesamaan yang dikehendaki oleh Allah antara lelaki dengan wanita.

1. Kesamaan Dalam Taqwa.

Perbezaan lelaki dan wanita bukanlah suatu halangan bagi manusia untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah swt. Ini kerana Allah akan memuliakan siapa sahaja yang bertaqwa kepada-Nya, baik dari kalangan lelaki mahupun wanita serta dari pelbagai suku. Allah berfirman yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS 49:13). Meskipun demikian, aplikasi ketaqwaan antara lelaki dengan wanita biasanya ada perbezaan kerana tugas dan fungsinya yang berbeza. Sebagai contoh, dalam masalah keluarga, lelaki berkewajiban memberi nafkah, sedangkan wanita menerima dan memanfaatkan nafkah itu dengan sebaik-baiknya. Pembahagian tugas semacam ini merupakan sesuatu yang wajar kerana memang harus ada pembahagian tugas.

2. Kesamaan Dalam Amal.

Iman dan amal soleh merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Iman harus dibuktikan dengan amal yang soleh dan amal soleh harus dilandaskan kepada iman. Oleh kerana itu, siapa sahaja yang menunjukkan imannya dalam bentuk amal soleh, maka Allah akan memberikan balasan berupa kehidupan yang baik, baik lelaki mahupun wanita. Allah berfirman yang ertinya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS 16:97).

Oleh kerana itu, tidak ada seorang pun yang disia-siakan amalnya, dalam erti ada nilainya di hadapan Allah. Ini bererti lelaki dan wanita beramal soleh akan mendapatkan pahala kerana dalam beramal soleh itu, lelaki dengan wanita saling tolong menolong.

Allah juga ada berfirman yang bermaksud : Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain....." (QS 3:195)

3. Kesamaan Dalam Ibadah, Akhlak dan Sosial.

Kesamaan lelaki dengan wanita juga boleh diwujudkan dalam ibadah, akhlak dan sosial, meskipun berbeza secara teknik. Ini kerana Allah telah menentukan kesamaan, maka wanita juga akan mendapatkan ampunan dan pahala yang besar seperti yang diperoleh lelaki dan dalam hal ini telah difirmankan oleh Allah yang ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar" (QS 33:35).

4. Kesamaan Dalam Dakwah dan Ketaatan.

Dakwah merupakan tugas yang sangat mulia kerana hal ini merupakan lanjutan dari tugas para Rasul. Itu sebabnya, tugas ini harus dikembang oleh kaum muslimin, baik lelaki mahupun wanita sebagai salah satu wujud dari ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Manakala hal ini sudah dilaksanakan dengan baik, maka ia menjadi salah satu kunci untuk memperoleh rahmat Allah seperti difirmankan yang ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS 9:71).

5. Kesamaan Dalam Dosa dan Pahala.

Dosa dan pahala merupakan sesuatu yang diperoleh masing-masing berdasarkan amal yang dilakukannya. Kerana itu, seseorang tidak boleh menanggung dosa orang lain atau orang lain yang beramal tetapi kita yang mendapatkan pahalanya. Dalam masalah dosa dan pahala, lelaki dan wanita akan mendapatkannya kerana tidak mungkin kita menganggap dosa kita ditanggung oleh seorang wanita atau mengatakan "gara-gara wanita saya menjadi berdosa".

6. Kesamaan Dalam Ilmu.

Memiliki ilmu yang banyak merupakan keharusan bagi setiap manusia dan dengan ilmu itu, manusia boleh mengerjakan amal soleh berdasarkan pada ilmu itu. Kewajiban menuntut ilmu bagi wanita sebagaimana lelaki dikemukakan dalam satu hadis yang ertinya:
"Menuntut ilmu itu wajib bagi muslim (lelaki mahupun perempuan)." (HR. Ibnu Majah). Oleh kerana itu, lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama untuk memperoleh ilmu dan dengannya boleh diamalkan.
HAK-HAK WANITA

Di samping adanya berbagai kesamaan kedudukan antara lelaki dengan wanita, secara khusus, terdapat hak-hak wanita yang tidak boleh disentuh, termasuk oleh lelaki.

1. Memiliki harta

Wanita berhak atas harta yang dimilikinya, baik pemberian orang lain mahupun atas usahanya sendiri. Kerana itu, wanita telah memiliki suami, suami tetap berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya meskipun si isteri memiliki harta yang banyak kerana wanita berhak atas harta yang dimilikinya. Sekiranya dia meninggal dunia dan meninggalkan harta warisan, maka harta warisan itu dibahagikan menurut ketentuannya dan suami merupakan di antara yang berhak atas harta warisan itu. Demikian pula sebaliknya, bila suami meninggal dunia, maka isteri berhak atas harta warisan dari harta yang ditinggalkan oleh suaminya.

2. Memilih jodoh

Wanita juga berhak untuk memilih jodoh dalam erti menerima atau menolak lamaran. Ini bererti ibu bapa tidak boleh sebarangan menerima lamaran daripada seorang lelaki meskipun dia menyenanginya. Ibu bapa harus meminta persetujuan dari anak perempuannya untuk menerima atau menolak lamaran, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang janda tidak boleh dinikahi hingga diajak musyawarah dan bila seorang gadis tidak boleh dinikahi hingga ia mengizinkan (persetujuan) nya dan tanda persetujuan seorang gadis adalah diam (ketika ditanya)." (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Bahkan dalam hal ini, wanita boleh sahaja menawarkan dirinya untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki yang soleh, dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari, dikisahkan bahawa: Tsabit Al Bannani berkata: "Pada suatu hari aku duduk di dekat Anas r.a. Di sampingnya ada puterinya. Lalu Anas berkata: "seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk menawarkan dirinya kepada beliau. Wanita itu berkata:"Wahai Rasulullah, apakah engkau berminat kepadaku?". Lalu puteri Anas berkata: "Alangkah sedikitnya rasa malu perempuan itu, betul-betul buruk, betul-betul buruk". Anas berkata: "Dia lebih baik daripadamu. Dia senang kepada Nabi s.a.w., lalu dia menawarkan dirinya kepada baginda".

3. Meminta mahar

Dalam perkawinan, wanita dibolehkan menentukan atau memintakan mahar yang disukainya sehingga ia tidak memberatkan dalam erti sesuai dengan kemampuan calon suaminya, hal ini terdapat dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Amir bin Rabi'ah bahawa seorang wanita dari Bani Fazarah berkahwin dengan mahar sepasang kasut. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah engkau rela dari diri dan hartamu dengan sepasang kasut?" Perempuan itu menjawab: "Ya", lalu Rasulullah s.a.w. membolehkannya (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi).

4. Menuntut cerai

Seorang isteri tidak menyukai suaminya kerana terkeluar daripada landasan Islam dalam kehidupan peribadi dan keluarga muslim, maka seorang isteri boleh sahaja menuntut cerai dari suaminya dan dianggap itu merupakan cara terbaik untuk menghindari masalah tersebut. Namun apabila isteri minta cerai tanpa alasan kukuh, ia tidak dibolehkan di dalam Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang isteri minta cerai dari suaminya tanpa alasan (sebab yang dibenarkan), nescaya dia tidak akan mencium bau syurga yang dapat dirasakan pada jarak empat puluh tahun perjalanan." (HR. Ibnu Majah).

5. Mencari wang

Sebagaimana lelaki, wanita juga dibolehkan atau mempunyai hak untuk mencari wang selagi tidak mengganggu kewajibannya sebagai isteri dan ibu, apalagi wanita itu memiliki ilmu yang pemanfaatannya sangat diperlukan masyarakat seperti kedoktoran, kebidanan dan sebagainya. Dengan wang itu, wanita juga berhak untuk membelanjakannya, zakat, infak dan bersedekah. Allah berfirman yang ertinya: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (QS 4:32)

6. Menghadiri pertemuan umum

Untuk mendapatkan manfaat yang besar, para wanita juga berhak untuk menghadiri pertemuan yang bersifat umum seperti menghadiri majlis agama, mengikuti solat berjamaah di masjid meskipun wanita lebih baik solat di rumah dan sebagainya. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seorang isteri minta izin suaminya untuk pergi ke masjid, maka janganlah suami melarangnya." (HR. Bukhari).

Sunday, April 17, 2005

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin AbdulRahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masukaku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, SitiFatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda NabiSAW.
"Siapa yang dipintu itu?
"Maka sahut Siti Fatimah;"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkauya Rasulullah".Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kamidapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya,Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?

"Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapaperempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Makasangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yangmenyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangatsiksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan merekaitu?

"Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnyadan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya danmendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuanyang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipatdan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksaitu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkanminyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya danbuah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buahzaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit danapabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dankeluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) danAku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakania akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakandaripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya danditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakania(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akandarahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada halkeluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalamhidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga kebelakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua ituberibu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api nerakaitu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia {api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akankepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosamereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu denganberbagai-baga siksaan itu?

"Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutuprambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawasesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunyadan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; makasesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya didalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya iakeluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnyadan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dantiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan duasusunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itubeberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dankala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawasesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersucibadannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifasdan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tulidan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawasesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkankepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminyahingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasildaripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babidan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangatmengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia kedalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawasesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengkimendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN. Allahu A'lam

Tangisan Dan Airmata

Kata Ibnu Qayyim, terdapat 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda : ”Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu…..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda “Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan Kubur

Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan Kubur – HadisUntuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan)dimana beliau bersabda;"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan."Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (SurahAs-Sajdah) dan Tabaarak.

4. Mati SyahidHadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama". Terkadang berliau bersabda : Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur(terusbertambah;dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda : "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya darifitnah kubur" Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnyatidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat IbuMaajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap iaHasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah sawbersabda:"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklahmengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan)Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan :"Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebabapakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialahdisebabkan)engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkaupernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidakmemberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10.Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim,Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakanlepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah baginda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah(gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah

Thursday, April 14, 2005

TIGA>>>

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa.

Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah.

Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.

Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur.

Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan solat."

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,

Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buai an Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri....

7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadillah Kamsah

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL

perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.....

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje... Ade isteri kata - mekap untuk suami,.. tapi kat rumah tak mekap pun...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya..... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu...

Renungkanlah.....

Usia Emas...

PROGRAM 1 : PENGETAHUAN
Objektif :
Menjelaskan bahawa mempertingkatkan ilmu pengetahuan adalah amat penting pada peringkat usia ini kerana pada waktu inilah banyak waktu terluang yang membolehkan mereka meningkatkan ilmu-ilmu berkenaan sama ada ilmu-ilmu keduniaan ataupun ilmu-ilmu akhirat.Aktiviti :

1. Memahami Psikologi Usia Emas.Dalam usia yang sebegini biasanya pasangan hidup yang sama-sama menjalani kehidupan rumahtangga juga telah sama-sama berada di tahap usia ini. Maka dalam keadaan ini sifat saling faham memahami antara keduanya adalah penting. Kebahagiaan bersama diberi penekanan demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Tidak ada kepentingan persendirian iaitu ‘nafsi-nafsi’. Mereka perlu sating bantu-membantu, saling memberi semangat untuk meneruskan penghidupan cemerlang keluarga tersebut.
Biasanya psikologi mereka yang sudah berada dalam usia emas ini bermacam-macam. Mereka mudah sensitif terhadap sesuatu, baik dan segi perubahan pada diri mereka, sensitif pada keluarga dan alam sekeliling. Mereka ini mudah tersinggung, mudah marah, mudah merajuk dan lain-lain perasaan yang kadang-kadang membingungkan ahli keluarga dalam melayani kerenah mereka. Justeru itu, keluarga yang mempunyai ahli yang berumur sedemikian, harus memahami perasaan dan emosi mereka. Anak-anak harus bertenang dan banyakkan bersabar.

2. Membanyakkan Membaca Al-Quran Dan Menghayati Isi Kandungannya.

Al-Quran adalah sumber utama kejayaan dunia dan akhirat. Dalam usia ini mungkin ramai yang telah Khatam Al-Quran tetapi berapa ramai pula yang dapat memahami makna atau maksud ayat yang dibaca.
Firman Allah Tanla dalam surah Muhammad ayat 24:
· Maksudnya : “Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang nya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”.
Oleh yang demikian perlulah setiap orang Islam memperbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya sebagaimana “Program Membudayakan Al-Quran”.
Program ini bukan sahaja dibuat di masjid-masjid atau di surau-surau malahan juga perlu dilaksanakan di rumah-rumah supaya ahli keluarga dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari ayat yang dibaca.

3. Membanyakkan Membaca Buku-Buku Tafsir Al-Quran, Hadis, Tasawwuf, Dan Buku-Buku Berkaitan Dengan Penyakit Hati.

OIeh kerana pada ketika ini seseorang itu tidak terikat dengan pekerjaan rasmi maka banyak masa yang terluang boleh dipenuhi dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah. Pada ketika inilah perlunya membanyakkan membaca buku-buku yang mengandungi tafsir-tafsir Al-Quran dan Hadis serta buku-buku lain yang berkaitan dengan tasawwuf, akhlak, feqah dan sebagainya.

Dalam kesempatan ini seseorang akan dapat ilmu yang bermanfaat yang mana ianya tidak dapat kita perolehi sebelum ini akibat dari masa yang terikat dengan tugas-tugas rasmi dalam pekerjaan dan membesarkan anak. Dengan adanya ilmu-ilmu tersebut adalah sebagai satu panduan kepada diri untuk memperelokkan akhlak dan pekerti bagi bekalan di akhirat kelak.
Firman Allah Taala dalam surah Az-Zumar ayat 9:
· Maksudnya : “Katakanlah lagi adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.

4. Sentiasa Menghadiri Dan Menghayati Kuliah-Kuliah Dan Majlis-Majlis Ilmu Di Masjid-Masjid, Surau-Surau Dan Tempat-Tempat Lain.

Adalah perlu bagi seseorang itu bilamana sampai ke tahap umur ini bersedia untuk menghabiskan sisa-sisa hidup dengan menghadiri dan menghayati kuliah-kuliah serta majlis-majlis ilmu seperti di masjid, surau, madrasah dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini mampu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.