PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Thursday, April 14, 2005

Usia Emas...

PROGRAM 1 : PENGETAHUAN
Objektif :
Menjelaskan bahawa mempertingkatkan ilmu pengetahuan adalah amat penting pada peringkat usia ini kerana pada waktu inilah banyak waktu terluang yang membolehkan mereka meningkatkan ilmu-ilmu berkenaan sama ada ilmu-ilmu keduniaan ataupun ilmu-ilmu akhirat.Aktiviti :

1. Memahami Psikologi Usia Emas.Dalam usia yang sebegini biasanya pasangan hidup yang sama-sama menjalani kehidupan rumahtangga juga telah sama-sama berada di tahap usia ini. Maka dalam keadaan ini sifat saling faham memahami antara keduanya adalah penting. Kebahagiaan bersama diberi penekanan demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Tidak ada kepentingan persendirian iaitu ‘nafsi-nafsi’. Mereka perlu sating bantu-membantu, saling memberi semangat untuk meneruskan penghidupan cemerlang keluarga tersebut.
Biasanya psikologi mereka yang sudah berada dalam usia emas ini bermacam-macam. Mereka mudah sensitif terhadap sesuatu, baik dan segi perubahan pada diri mereka, sensitif pada keluarga dan alam sekeliling. Mereka ini mudah tersinggung, mudah marah, mudah merajuk dan lain-lain perasaan yang kadang-kadang membingungkan ahli keluarga dalam melayani kerenah mereka. Justeru itu, keluarga yang mempunyai ahli yang berumur sedemikian, harus memahami perasaan dan emosi mereka. Anak-anak harus bertenang dan banyakkan bersabar.

2. Membanyakkan Membaca Al-Quran Dan Menghayati Isi Kandungannya.

Al-Quran adalah sumber utama kejayaan dunia dan akhirat. Dalam usia ini mungkin ramai yang telah Khatam Al-Quran tetapi berapa ramai pula yang dapat memahami makna atau maksud ayat yang dibaca.
Firman Allah Tanla dalam surah Muhammad ayat 24:
· Maksudnya : “Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang nya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”.
Oleh yang demikian perlulah setiap orang Islam memperbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya sebagaimana “Program Membudayakan Al-Quran”.
Program ini bukan sahaja dibuat di masjid-masjid atau di surau-surau malahan juga perlu dilaksanakan di rumah-rumah supaya ahli keluarga dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari ayat yang dibaca.

3. Membanyakkan Membaca Buku-Buku Tafsir Al-Quran, Hadis, Tasawwuf, Dan Buku-Buku Berkaitan Dengan Penyakit Hati.

OIeh kerana pada ketika ini seseorang itu tidak terikat dengan pekerjaan rasmi maka banyak masa yang terluang boleh dipenuhi dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah. Pada ketika inilah perlunya membanyakkan membaca buku-buku yang mengandungi tafsir-tafsir Al-Quran dan Hadis serta buku-buku lain yang berkaitan dengan tasawwuf, akhlak, feqah dan sebagainya.

Dalam kesempatan ini seseorang akan dapat ilmu yang bermanfaat yang mana ianya tidak dapat kita perolehi sebelum ini akibat dari masa yang terikat dengan tugas-tugas rasmi dalam pekerjaan dan membesarkan anak. Dengan adanya ilmu-ilmu tersebut adalah sebagai satu panduan kepada diri untuk memperelokkan akhlak dan pekerti bagi bekalan di akhirat kelak.
Firman Allah Taala dalam surah Az-Zumar ayat 9:
· Maksudnya : “Katakanlah lagi adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.

4. Sentiasa Menghadiri Dan Menghayati Kuliah-Kuliah Dan Majlis-Majlis Ilmu Di Masjid-Masjid, Surau-Surau Dan Tempat-Tempat Lain.

Adalah perlu bagi seseorang itu bilamana sampai ke tahap umur ini bersedia untuk menghabiskan sisa-sisa hidup dengan menghadiri dan menghayati kuliah-kuliah serta majlis-majlis ilmu seperti di masjid, surau, madrasah dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti ini mampu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.

No comments: