Ketika berusia setahun ,
ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
Cara kita ucapkan terimakasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun,
ibu mengajar kitabermain..
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun,
ibu menyediakanmakanan dengan penuh rasa kasih sayang..
kitaucapkan terima kasih dengan menumpahkanmakanan ke lantai.
Ketika usia 4 tahun ,
ibu membelikan sekotak pensil warna,
kita ucap terima kasih denganmenconteng dinding.
Berusia 5 tahun,
ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih denganbergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun ,
ibu memimpin tangankita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasihdengan menjerit : Tak Nak! Tak Nak!!
Apabila berusia 7 tahun,
ibu belikan sebiji bola.
Cara mengucapkan terima kasih ialah kitapecahkan tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun ,
ibu belikan ais krim ,
kitaucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika usia 9 tahun,
ibu menghantar kesekolah..
kita ucapkan terima kasih kepadanyadengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun ,
ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..
kita ucapkan terima kasih dengan tidakbertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun,
ibu menyuruh membuatkerja sekolah..
kita ucapkan terima kasih denganmenonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun,
ibu suruh pakai pakaianyang menutup aurat..
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun,
ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama ,
kita ucapkan terima kasih kepadanyadengan tidak menulis sepucuk suratpun.
Berusia 15 tahun,
ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..
kita ucapkanterima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun ,
ibu menangis gembiraapabila mendapat tahu kita diterima masuk keIPTA,
kita ucapkan terima kasih kepadanyadengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun ,
ibu bersusah payahmembayar yuran pengajian , menghantar kekampus dan mengheret beg besar keasrama
kita hanya ucapkanselamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun ,
ibu bertanya sama ada kitaada teman istimewa,
kita kata itu bukan urusanibu..
Setelah berusia 21 tahun ,
ibu cuba memberikanpandangan mengenai kerjaya
kita kata saya tidak mahu jadi seperti ibu..
Ketika berusia 22-23 tahun,
ibu membelikanperabot untuk rumah bujang kita.
Di belakang ibukita katakan pada kawan-kawan perabot pilihanibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!
Menjelang usia 24 tahun,
ibu bertemu denganbakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut..ibu tolonglah!!
Ketika berusia 25 tahun,
ibu bersusah payahmenangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.
Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanyadengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun,
ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..
kitadengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman moden..
Ketika berusia 40 tahun,
ibu menelefonmengingatkan mengenai kenduri kendara dikampung..
kita berkata kami sibuk, tak ada masa nak datang
Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,
kita berceritamengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapayang menjadi beban kepada anak-anak.
Dan kemudian suatu hari,
kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !!
dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatankita terhadap ibu menerpa satu persatu!
Jika ibu masih ada, sayangi dia... Jika telah tiada,ingatilah kasih dan sayangnya.
Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.
No comments:
Post a Comment