PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Sunday, April 10, 2005

ADAB MEMBERI SALAM

HUKUM MEMBERI SALAM :
Hukum memberi salam adalah sunat muakad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

ORANG YANG PALING UTAMA MEMBERI SALAM :
 Yang berjalan kepada yang duduk.
 Yang muda kepada yang lebih tua.
 Yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki.
 Yang berada di luar kepada yang berada di dalam.
 Yang berada di belakang kepada yang berada di depan.
 Yang mahu meninggalkan majlis kepada yang berada di dalam majlis.


MAKRUH DIUCAPKAN SALAM KEPADA :
 Orang yang sedang azan atau iqomah.
 Orang yang sedang mengajar ilmu agama.
 Orang yang sedang membaca Al-Quran.
 Orang yang sedang membuang air besar/kecil.
 Orang kafir dan musuh-musuh Islam.
 Yang mahu meninggalkan majlis kepada yang berada di dalam majlis.

ORANG TIDAK WAJIB MENJAWAB SALAM :
 Orang yang sedang Sembahyang.
 Orang yang sedang mengajar ilmu agama.
 Orang yang sedang membuang air besar/kecil.
 Orang yang menerima salam setelah bercakap-cakap dengannya.
 Orang yang suka meminta-minta.

HIKMAH MEMBERI SALAM :
 Mendapat keredhoaan Allah.
 Mendapat doa dari para Malaikat.
 Akan mendukacitakan iblis.
 Dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji).
 Dapat mengukuhkan persaudaraan Islam.

No comments: