PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...

Mudah je...

Langkahnya....

- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari

p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...

Sunday, April 10, 2005

Renunglah sejenak…..

Sesungguhnya “Dunia hanya tempat menanam”
· Kalaulah engkau sedar akan mati, Engkau akan bersedia untuk hidupnya.· Jika engkau tahu negara abadi itu, Tidak akan ada usaha ikhtiar lagi. Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini, Disana kamu makan hasilnya.
· Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba, mungkin hidup besok belum tahu lagi.. Nescaya urusan tuhanmu tidak ada penagguhan.
· Jika kamu belum tahu apakah syurga dan neraka itu tempatmu, Nescaya tidak ada masa untuk kamu ketawa, Nescaya kamu akan bermandi dengan air mata.
· Jika kamu kenal diri mu sendiri, tidak akan sempat melihat kesalahan orang lain, betapa pun untuk menceritakannya.
· Jika kamu tahu tiap-tiap haram itu neraka padahnya, Yang halal itu akan diperiksa. Nescaya kamu akan berzuhud di dunia ini.
· Jika kamu tahu penderitaan akhirat. Nescaya penderitaan didunia ini tidak menyusahkan kamu.
· Jika kamu tahu betapa nikmatnya syurga itu, kamu tidak akan terpesona dengan nikmat ini.
Ingatlah “sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah (nantinya) akan dikembalikan”
Oleh itu, aturlah langkah seribu takwa kerana hari esok mungkin tidak secerah yang disangka
Wallahua’alam

-Zana-

No comments: