PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...
PAPARAN SEPENUHNYA BLOG...
Mudah je...
Langkahnya....
- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari
p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...
Mudah je...
Langkahnya....
- Ambil view my complete profile
- Disini ada pautan my blog... Moga menjadi manfaat kita bersama.. Insyallah.. Amin Ya Robb!!!
- Untuk kembali ke blog asal klik aje view my complete profile
- Selamat melayari
p/s:Jangan lupa tandatangan di BUKU PELAWAT.TQ...
Friday, April 08, 2005
Tujuh Golongan Dalam Lindungan Ilahi
Manusia akan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan lain selain naungan-Nya iaitu:
i. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan akan ditanya kembali. Sejauh mana keadilan urusan tanggungjawab tersebut. Tiada sesiapa pun yang bernama pemimpin akan terlepas dari tanggungjawab ini. Oleh itu gembiralah kepada mana-mana pemimpin yang mampu berlaku seadilnya. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anaknya. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
ii. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi juga dijanjikan kepada lelaki atau perempuan yang sentiasa hidup dalam beribadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa dirinya di bawah kawalan dan naungan Ilahi, oleh itu perasaan sedar dan perasaan patuhnya akan menjadikan dirinya bertuah.
iii. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk bersembahyang wajib lima kali setiap hari dan juga untuk ibadah lain.
iv. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah.
Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa perjalanannya untuk menziarahi saudaranya kerana Allah. Lalu malaikat bertanya: Mahu ke mana?” Dijawab: “Aku mahu menziarahi saudaraku polan .. polan” Tanya malaikat lagi: “Untuk apa?” lelaki itu menjawab: “Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungannya dengan kamu?” Lelaki itu jawab: “Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: “Apa budinya kepada kamu?” Dijawab: “Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi: “Jadi apa tujuannya?” Lelaki jawab: “Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: “sesungguhnya Allah telah mengutusku kepadamu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya, maka Allah telah mengizinkan kamu me masuki syurga-Nya.” (Riwayat Muslim)Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya untuk mendapatkan keredaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
v. Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis air matanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga digambarkan akan menitis air matanya, dan air mata yang takutkan Allah akan menjadi pendinding dirinya dari api neraka. Ianya bukan direka-reka atau dibuat-buat, sebaliknya hal ini adalah hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah.
vi. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah”.
Sesiapa jua yang merasakan takut untuk berbuat apa-apa kesalahan, takutkan Allah, atau takutkan api nerakanya. Akan menjamin dirinya mendapat lindungan Ilahi. Walaupun peluang dan ajakan ‘berzina’ di depan mata, seksaan Allah lebih menakutkan diri berbanding dengan pujukan seorang perempuan (atau lelaki).
vii. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim) Mana-mana pemberian dengan mengharapkan balasan hanya dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkannya. Sebaliknya, setiap kebaikan yang dilakukan akan disembunyikan. Digambarkan sehingga ‘tangan kiri tidak mengetahui’, apa yang disedekahkan oleh ‘tangan kanan’. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalahan diri kita terhadap Allah dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil dilakukan, kerana seruan di dalam hadis ini hanyalah bayangan. Supaya kita menjadi hamba yang ikhlas dan redha hanya kepada Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment